January 15, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Tuah’ Amira Othman, Kini Duta Varisha Collection

Spread the love

Penyanyi dan Pelakon Itu Turut Lancar Single Terbaharunya ‘Bila Nak Kahwin’

Kredit Foto: PaPaDin & Subky Kelkatu TV

Lembaran 2025 dibuka dengan gemilang apabila jenama fesyen terkenal, Varisha Collection Sdn Bhd telah melantik Amira Othman sebagai duta rasmi mereka.  Pelantun lagu ‘Hati Hati’ itu menggangap ianya ‘tuah’ buat dirinya dan melakar sejarah peribadi miliknya.

‘Saya secara peribadinya merasa cukup bertuah kerana telah dipilih oleh Varisha Collection sebagai duta selebriti dan lebih menarik saya dapat memperagakan koleksi tudung terbaharu mereka iaitu ‘Raya Series’”, ujar Amira ketika majlis pelancaran dan pelantikkannya sebagai duta di Central i-City, Shah Alam pada 11 Januari lalu.

‘Sebagai seorang selebriti pastinya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kadangkala memerlukan ketepatan masa serta ketelitian agar penampilan itu tampak bertenaga.  Apatah lagi dalam pemilihan tudung yang pastinya kadangkala sukar untuk digayakan”

“Namun setelah menggunakan tudung keluaran Varisha ini ianya bukan sahaja mencerminkan gaya dan keanggunan, tetapi juga membuatkan tudung mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika. Koleksi ini memberikan keselesaan saya”, ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Varisha Collection Sdn. Bhd turut  melakar satu lagi kejayaan dengan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu mereka, “Raya Series”, yang berlangsung dengan penuh gemilang di Central i-City, Shah Alam, yang bermula dari 9 hingga 12 Januari 2025.

“Usaha ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan jenama sebagai simbol keyakinan dan kebebasan wanita bergaya dalam kehidupan seharian”, ujar Marisha Paudzai, Business Manager di Varisha Collection Sdn Bhd

“Dengan berpegang teguh kepada slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY”,  kami akan pastikan jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka kekal yakin, bergaya, dan selesa di setiap langkah kehidupan”, tambahnya.

Koleksi “Raya Series” menjadi bualan hangat dengan pengenalan fabrik inovatif “Ultra Comfort Cotton Voile” yang direka menggunakan teknologi terkini 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini memberikan pengalaman premium dengan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, serta keanggunan yang memikat hati.

Sehubungan dengan itu Varisha telah melaksanakan pelbagai usaha promosi yang agresif, termasuk kempen media sosial yang kreatif, kerjasama dengan influencers, kolaborasi bersama Key Opinion Leaders (KOLs), serta liputan meluas dari media.

Amira turut mencuri tumpuan dengan pelancaran single terbarunya, “Bila Nak Kahwin?”, yang dihasilkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures. Lagu bergenre pop ini, hasil gubahan bersama dua komposer tersohor, Iqie Hugh dan Omar K, serta Amira sendiri, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025.

Video muziknya ditayangkan secara eksklusif kepada pengunjung yang hadir sekali gus menambah keterujaan dalam kalangan peminat dan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Amira Othman turut menghiburkan hadirin dengan lagu baharu “Bila Nak Kahwin?”, dia juga turut mendendangkan lagu popularnya seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”. Sorakan meriah daripada para peminat menghangatkan suasana, terutama sewaktu kempen istimewa “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman”, yang turut menarik perhatian pengunjung.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page