Boney M Rayakan 50 Tahun Bersama Peminat Malaysia
Boney M, nama ikonik era disko, akan menghidupkan semula irama tersebut di Malaysia sempena sambutan jubli emas mereka. Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dengan Front Row Entertainment sebagai penganjur bersama. Diketuai oleh anggota asal, Maizie Williams, konsert tersebut bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 12 Januari 2025 (Ahad) jam 8 malam.
Boney M terkenal dengan lagu-lagu seperti “Daddy Cool”, “Sunny”, “Ma Baker”, “Rasputin”, “Hooray! Hooray! It’s a Holi-Holiday”, dan “Brown Girl In The Ring” yang terus diminati sejak 1970-an hingga kini. Karier Boney M bermula apabila penerbit muzik Frank Farian merakam lagu “Baby Do You Wanna Bump” di bawah nama samaran. Tidak disangka, lagu tersebut mendapat sambutan hangat, lalu beliau merekrut Maizie Williams untuk penampilan langsung.
Maizie Williams kemudian disertai oleh Marcia Barrett, Liz Mitchell, dan mendiang Bobby Farrell. Dari Eropah, populariti Boney M berkembang hingga ke seluruh dunia, memecah rekod jualan album dan meraih kedudukan tertinggi dalam industri muzik. Setelah lima dekad, Boney M masih berupaya menarik minat penonton, tanpa mengira generasi. Maizie Williams terus memikat peminat dengan lagu-lagu Boney M yang kekal enerjik dan memukau.
Tiket boleh dibeli di www.ticketingtix.com dan www.frontrow.asia mulai 15 November 2024 (Jumaat), jam 12 tengah hari, dengan harga RM688 (VIP), RM438 (CAT 1), RM388 (CAT 2), dan RM188 (CAT 3), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Untuk maklumat terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl).