November 14, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kembalinya Penganjuran Gig Metal Di Jengka Selepas 32 Tahun

Spread the love

Komuniti muzik di Jengka, Pahang berjaya menganjurkan satu gig metal di Bandar Pusat Jengka, atau dikenali sebagai Bandar Tun Razak, semalam selepas 32 tahun tanpa sebarang gig dianjurkan di bandar tersebut. Sebelum ini, kali terakhir gig metal diadakan di Bandar Pusat Jengka adalah pada tahun 1992.

Gig yang dinamakan “A Settlement Affair” ini merupakan hasil kerjasama Gema8 Studio yang berpusat di Jengka bersama ahli-ahli komuniti muzik metal tempatan.

Sebanyak tujuh kugiran metal dijemput untuk beraksi di acara ini, yang bermula pada pukul 4 petang, dengan setiap kumpulan mempersembahkan muzik yang penuh bertenaga, memukau para penonton yang hadir.

Gig kali ini berjaya menarik ramai golongan belia serta peminat muzik metal untuk datang ke Jengka bagi menyaksikan acara ini. Studio Gema8 sesak dipenuhi penonton, mungkin disebabkan sudah lama tiada gig metal diadakan di Jengka. Penganjur turut mendedahkan ada tetamu yang datang sejauh dari negeri Sarawak untuk menghadiri acara ini.

Selain itu, kemunculan kugiran grindcore lama Jengka, Parasite (yang menggunakan nama “Parasite X” dalam gig ini), bersama otai grind Malaysia, Infectious Maggots, turut memeriahkan suasana gig. Kugiran-kugiran lain yang turut beraksi, semuanya dari Pahang, juga tidak kurang hebatnya. Antara yang tampil pada malam itu ialah Inhuman, R.O.P., Metalphysics, Barabesi, dan Mattra, yang semuanya tidak mengecewakan penonton.

Secara keseluruhannya, gig ini bukan sahaja berjaya menambat hati peminat metal, tetapi juga menjadi showcase yang jarang sekali berlaku bagi scene metal Pahang, mempamerkan bakat tempatan yang mengagumkan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page