June 16, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta ‘Perlu’ Bekerjasama

2 min read
Spread the love

Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Ketiga-tiga nama bintang hip hop ini sudah tidak asing lagi di dalam kalangan industri muzik Malaysia. Sejak membuat kemunculan beberapa tahun yang lalu, nama mereka kerap menjadi sebutan diatas pengahasilan lagu-lagu hit yang pernah mereka keluarkan nama-nama besar dunia nyanyian tempatan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M. Nasir, Dato Jamal Abdillah dan Sufian Suhaimi.

Terbaharu, Def Jam Malaysia telah mendedahkan bahawa Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya istimewa berjudul ‘Perlu’. Melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan penulis.

“Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya. Saya ingin menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun yang bakal tiba di masa hadapan,” ujar Yonnyboii membuka bicara tentang lagu ini.

Berbicara mengenai proses penciptaan dan penerbitan lagu, Luca Sickta menjelaskan bahawa demo versi pertama ‘Perlu’ sebenarnya telah dirakam pada tahun 2021 oleh Yonnyboii, digubah kembali untuk mendapat kesimbungan kami berdua.

“Proses gubahan muzik memakan masa dua tahun dan akhirnya siap di penghujung tahun 2023 setelah selesai proses rakaman bersama Kmy Kmo.


Untuk lagu ‘Perlu’ ini juga saya dan dan Kmy keluar dari zon selesa kami dan kami bayangkan kami sendiri di dunia Yonnyboii untuk mendapat keserasian. Walaupun memakan masa yang agak lama dari biasa namun dengan kesefahaman antara kami ianya mampu dibina kerana initipati lagu ‘Perlu’ sendiri telah memudahkan dan menyempurnakan karya kali ini,” jelas Luca Sickta.

Semestinya lagu ini turut ditampilkan bersama sebuah video muzik menarik untuk menghangatkan lagi kehadiran karya ini. “Konsep untuk video muzik lagu ‘Perlu’ ini adalah lebih ke arah penonjolan perspektif dua dunia berbeza dari setiap karakter terbabit yang ingin menceritakan perjalanan masing-masing. Ia mengisahkan tentang kita semua yang sentiasa hidup dalam dua watak yang berbeza. Bila setiap kali kita jatuh dengan watak negatif, watak positif akan hadir untuk bantu membakar semangat kita semula supaya terus yakin dalam setiap hasil usaha,” tambah Kmy Kmo tentang video muzik lagu ini.

Menurut mereka bertiga terdapat banyak lagi karya yang bakal dikeluarkan dan mereka sangat berharap supaya semuanya sempat dilancarkan tahun ini. “Apa yang saya harapkan adalah, semoga lagu ‘Perlu’ ini dapat diterima ramai khususnya berkat sokongan kuat pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong karya kami. Saya juga hara, para pendengar dapat menghayati setiap bait-bait lirik yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pelita hidup,” tambah Kmy Kmo menutup bicara.

Perlu boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th April 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Kmy Kmo pada 26th April 2024.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page