November 15, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Wings Tetap Terbang, Konsert Ulang Tahun Ke-40 Diteruskan

Spread the love

Meskipun dua anggota asal, Black (dram) dan Eddie (bass), memilih untuk mengundurkan diri baru-baru ini, semangat rock tanah air tetap utuh! Kumpulan legenda, Wings, mengesahkan konsert ulang tahun ke-40 mereka tetap berlangsung seperti dijadualkan.

Konsert bertajuk “Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi” akan menggegarkan Idea Live Arena, Damansara pada 28 November ini, menandakan empat dekad nama besar itu menguasai pentas muzik Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Rumah Produksi Merah (RPM), Dato’ Eddy Amir Salim, yang juga penganjur konsert berkata, semua persiapan berjalan lancar dan penonton boleh menjangkakan sebuah malam penuh nostalgia serta penghargaan buat perjalanan Wings sejak 1985.

“Ulang tahun ini bukan sekadar persembahan, tetapi tanda penghargaan kepada nama Wings yang sudah menghiburkan peminat selama empat dekad. Kami mahu setiap penonton pulang dengan kenangan indah bersama lagu-lagu ikonik Wings,” katanya.

Difahamkan, jualan tiket kini mencecah 90 peratus, hanya baki 10 peratus sahaja masih tersedia untuk peminat tegar yang mahu menjadi sebahagian daripada sejarah besar band itu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page