July 27, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“THIS IS THE A.C.A.B. – INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024” Kebangkitan Semula The A.C.A.B.

2 min read
Spread the love

The A.C.A.B. kembali menggegarkan dunia muzik indie dengan showcase istimewa THIS IS THE A.C.A.B. – INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024 bagi mengimbau kembali nostalgia album This Is The A.C.A.B. setelah 18 tahun album ini dilancarkan. Showcase ini berlangsung pada 1 Jun 2024 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara.

Tepat jam 8.30 malam DJ Atoi dari Rakita FM memulakan showcase sebagai emcee pada malam tersebut. Sorakan yang luar biasa dilontarkan oleh para peminat The A.C.A.B. dan A.C.A.B. sebaik sahaja Megat, Edy, Mono dan Irfan melangkah naik ke pentas.

Showcase dimulakan dengan lagu “Now and Again” yang merupakan tracklist pertama dari album This Is The A.C.A.B. Petikan padu tali bass yang dimainkan oleh Mono ditambah dengan riff dari Edy dan Megat menaikkan bulu roma para penonton yang menantikan kembalinya The A.C.A.B. sejak 18 tahun yang lalu.

Walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat, Megat tetap maintain dengan tahap vocal yang cemerlang. Sorakan gemuruh dari peminat menjadi “vaksin” kepada Megat untuk terus mempersembahkan lagu-lagu The A.C.A.B. yang seterusnya iaitu “Setelah”, “Comin’ at You”, “Astray”, “Bertemu”, “Inner City”, “Angkasa”, “Bermimpi Di Siang Hari”, dan “Goodbye”. Pada malam itu juga, The A.C.A.B. turut menyelitkan satu lagu cover “I Predict a Riot” oleh band Indie Rock – Kaiser Chiefs.

Lagu-lagu seperti “Now and Again”, “Setelah”, “Astray”, “Angkasa”, dan “Bermimpi di Siang Hari” dinyanyikan bersama-sama oleh semua peminat The A.C.A.B. yang hadir. Apa tidaknya kerana lagu-lagu ini kembali menggamit memori peminat muzik indie sekitar tahun 2005-2007. Ditambah lagi kemungkinan showcase ini adalah “one night only”, inilah masanya para peminat untuk berkumpul dan menghayati irama muzik indie secara live.

Lagu “Haven’t I” menjadi penutup nostalgia indie The A.C.A.B. pada malam tersebut. Namun para peminat masih lagi dahagakan persembahan dari band. Tanpa menghampakan peminat yang hadir, The A.C.A.B meneruskan persembahan dengan memainkan lagu-lagu A.C.A.B. iaitu “Street of Uptown”, “Where Have All the Bootboys Gone”, “We Are the Youth” dan “Fight for Your Right” menjadi lagu penutup show pada malam itu.

Semua peminat yang hadir mengambil kesempatan untuk mendapatkan autograf  serta bergambar semasa sesi Meet & Greet berlangsung. Masing-masing membawa CD, poster, majalah, serta t-shirt untuk ditandatangan oleh band member The A.C.A.B.

“Susah nak dapatkan kesemua original band members THE A.C.A.B. untuk perform dalam show bersama-sama disebabkan kesemuanya mempunyai pekerjaan hakiki & band masing-masing.” Kata Megat di dalam Facebook beliau. Katanya lagi The A.C.A.B. akan cuba reform semula tetapi kemungkinan dengan line-up yang berlainan memandangkan Mono tinggal di Sarawak dan sukar untuk beliau bermain dengan band secara tetap dengan band yang based di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun menurut Megat sejak tamat showcase pada malam tersebut, The A.C.A.B. telah memperoleh 5 jemputan untuk mengadakan persembahan di Malaysia. Diharap The A.C.A.B akan terus kekal dan kembali bermain serta merakamkan material baru pada masa akan datang.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page