November 11, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Siri Jelajah ‘Nalar’ Bakal Ubati Kerinduan Peminat Fourthwnty

Spread the love

Ini bukanlah kali pertama Fourthwnty mengadakan persembahan di Malaysia, malah kumpulan yang berpaksikan muzik ‘pop folk’ ini mula menjajah ‘peminat’ buat kali pertama pada tahun 2019.  Selepas itu mereka kembali lagi pada tahun 2022, kini Fourthwnty tampil untuk melengkapkan siri jelajah ‘Fourtwnty Nalar Tour’.

Lebih menarik, kumpulan yang cukup popular di Indonesia itu bukan sahaja akan membuat persembahan di Kuala Lumpur, tetapi juga bakal menjelajah beberapa negeri seperti Pahang, Johor dan Pulau Pinang yang nyata turut memiliki fanatika tegar Fourthwnty.

Nalar yang bermaksud sederhana, sentiasa, selalu adalah judul album ketiga kumpulan itu yang memuatkan 10 buah lagu.

“Perjuangan Fourthwnty takkan pernah berkesudahan. Paling penting, hati kami tetap kental untuk mendepani ujian di hadapan dan berkarya terus tanpa lelah.  Buktinya ‘Nalar’ berjaya kami rialisasikan”, ujar Ari..

“Ketika ada keresahan-keresahan seperti itu, kami semua di Fourtwnty sepakat kena hidupkan juga kumpulan ini. Kami akan tetap hasilkan dan ada karyanya. Mudah-mudahan kami akan berjaya menjadi pembikin karya yang mendapat tempat cukup besar di hati orang,” katanya.

Fourtwnty dianggotai Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana dijadualkan akan  memulakan jelajah album tersebut di Singapura pada 7 Oktober nanti.

Mereka kemudiannya meneruskan ‘tour’ di Malaysia dengan menyapa peminat di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan pada 13 Oktober diikuti Persada Johor International Convention Centre, 15 Oktober Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, 20 Oktober dan ZEPP Kuala Lumpur pada 22 Oktober.

“Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa mampu dilaksana Fourtwnty. Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat album ketiga kami, Nalar setelah beberapa siri persembahan sebelum ini hanya di Kuala Lumpur,” kata Ari Lesmana.

“Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama. Nalar adalah sebuah ubat buat kalian yang mungkin punya sesuatu hal yang tidak bisa disembuhkan, ubat ini kami racik sedemikian rupa,” ujarnya dalam satu sidang media yang di adakan secara maya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fourtwnty cukup bersyukur apabila mendapat tempat yang sangat istimewa di hati penonton Malaysia. Semestinya mereka terharu dan tidak ragu-ragu memanggil negara ini rumah kedua.

‘Fourtwnty Nalar Tour’ dibawakan oleh Shiraz Projects dan disokong HotFM sebagai radio rasmi.

Peminat boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM125 hingga RM500 di www.myticket.asia bermula 5 September lalu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page