September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Raikan Ulang Tahun Perdana Bersama Artis & Pempengaruh Terkenal

3 min read
Spread the love

Brïk Perkenalkan 21 Warna & ‘Keluarga Baru’ Chroma, Posh Tote

Foto Kredit: 3DY

Diasaskan oleh dua pasang adik beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta  Brina dan Kira, dengan bangganya akan meraikan ulang tahun pertama bisnes, jenama dan empayar mereka yang sudah membuat banyak penggemar fesyen jatuh hati iaitu Brïk.

Produk beg dengan pelbagai reka bentuk yang diilhamkan Brïk mempunyai signatur tersendiri — warna warni ‘menjerit’ Chroma yang sentiasa memikat dan elegan kini akan menjadi lebih meriah apabila empat beradik ini siap memperkenalkan serta menambah kemeriahan ‘keluarga’ ini.

Dan bersempena dengan ulang tahun pertama, Brïk teruja dan berbangga memperkenalkan 21 produk beg baru kepelbagaian warna dan reka bentuk yang dilahirkan khas buat semua pencinta mereka dan penggemar fesyen khususnya beg.

“Ogos adalah bulan yang sangat istimewa, signifikan dan tidak akan pernah dilupakan oleh kami apabila sebuah mimpi yang kami cantum akhir menjadi realiti dan semakin berkembang.

“Brïk kami ilhamkan bersama dan mengenang atau melihat semula ke belakang atau tempoh satu tahun usianya, memang tidak semua manis tapi harus kami banggakan kerana tidak pernah mengalah.

“Atas rasa terima masih kerana apreasiasi yang luar biasa ditunjukkan oleh penggemar kami, Brïk menjemput anda semua meraikan ulang tahun pertama kami di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall.

“Paling istimewa pada majlis dua hari yang berlangsung 17 dan 18 Ogos 2024 ini adalah pelancaran 21 produk beg baru kepelbagaian warna dan reka bentuk dari kami yang akan membuat anda pulang dengan poket kosong!”ujar Nashrul.

Brïk berharap dengan 21 keluaran terbaru ini akan menjadi pelengkap gaya yang paling berbaloi kerana boleh digunakan dalam pelbagai majlis melalui ‘sistem’ suai padan.

“Bukan hanya memperkenalkan 21 warna baru, atas permintaan cukup menggalakkan Brïk juga mengembalikan warna-warna asal beg sebelum ini,” tambah Brina.

Satu tahun juga mengajar Brïk agar terus bergerak positif dan inovatif. Maka ucapkan selamat datang kepada ‘keluarga baru Brïk.

‘Mereka’ termasuklah Chroma Bag yang mendapat sentuhan ‘manis’ materi dari denim! Denim Chroma Bag akan kelihatan sangat klasik namun anggun sesuai untuk semua majlis.

Tidak cukup dengan keluaran Denim Chroma Bag, penggemar beg tote sila siapkan poket anda.

Penggemar satin dan beg jenis tote jangan lepaskan peluang ini. Diperbuat daripada fabrik satin berkualiti tinggi, semua golongan boleh menggayakan Posh Tote tanpa kekangan.

Sama ada mahu menggunakan Posh Tote untuk bersiar-siar atau dikendong ke pejabat dengan isian laptop 13 inci, buku mahukan iPads dengan sangat bergaya serta para ibu yang mengikuti perkembangan fesyen terkini lalu memastikan barang-barang keperluan bayi dan anak-anak terisi kemas, Posh Tote edisi satin ini akan membuat anda sentiasa yakin diri dan praktikal untuk para ibu yang selalu sibuk dengan jadual yang padat.

Terakhir sekali, satu lagi produk Brïk yang amat sukar ditolak ; Petite Chroma (Crossbody Bag) yang merupakan koleksi terbaru, inspirasi dari ‘best selling chroma’ Brïk yang merupakan versi mini. Ia boleh dipakai secara crossbody atau dompet kecil.

Sambutan ulang tahun pertama ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran tetamu-tetamu istimewa Brïk iaitu para pempengaruh tempatan serta dari Indonesia.

Mereka termasuklah Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri, Cindy Karmoko dari Indonesia yang akan bergabung menjadikan majlis ini istimewa bersama barisan pempengaruh tempatan iaitu Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani dan Azfarheri.

“Kehadiran mereka dalam ulang tahun pertama Brïk bukan sekadar jemputan kerana status pempengaruh tetapi lebih kepada rakan-rakan yang banyak menyokong perjuangan bisnes yang kami tekuni selama satu tahun ini.

“Sama seperti kami sangat menghargai penggemar atau penyokong Brïk begitu juga kami berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah atau bakal terjalin dengan semua pempengaruh yang sudi meluangkan masa bersama kami pada hari bermakna ini,” ujar Amirrul.

Sementara itu pelbagai aktiviti menarik dan interaktif juga disediakan pada hari bersejarah ini. Tetamu yang kami hormati bebas untuk menggubah sendiri bunga-bungaan dari prettybunga atau mengabadikan momen berulang tahun bersama Brïk dari photobooth atau bilik foto dan dibawa pulang sebagai kenangan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page