September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Muzik Serumpun Pertemukan Hazama dan ST12

2 min read
Spread the love

Atas dasar ‘Bangsa Serumpun’ seakan membina jambatan di atas platform seni kedua-dua negara yang mempertemukan Hazama dan juga ST12.  Tidak terus ternoktah malah ianya dipereratkan dengan kelahiran single ‘Harapan Tak Kunjung Usai’.

Single yang telah dilancarkan di Jakarta pada 5 September lalu, itu turut menerima reaksi positif daripada peminat di Indonesia.

Menurut Ilham Febry atau Pepep, kolaborasi bersama Hazama merupakan satu pengalaman yang unik. Dia tahu bagaimana untuk memainkan nada dan menempatkan melodi yang manis.

“Aku tidak perlu bekerja keras kerana Hazama memang seorang penyanyi yang mempunyai teknik bagus. Jujurnya, walaupun ST12 pernah berkolaborasi dengan penyanyi lain, Hazama merupakan satu kolaborasi yang paling unik,”, ujarnya.

Sementara itu, Hazama menganggap kolaborasi ini sebagai satu peluang dan pencapaian terbaik untuk mempromosikan dirinya di Indonesia.

“Sebagai seorang penyanyi, saya merasakan kepuasan dapat dikenali di negara seberang.  Oleh sebab itu, saya bersetuju untuk mengambil peluang kolaborasi ini,” katanya.

“Saya berbangga dapat berkolabrasi dengan ST12 sebab sebelum berkolabrasi saya merupakan peminat mereka, bila dapat berkolabrasi ia merupakan peluang yang tak mungkin saya akan lepaskan,” katanya pada majlis pelancaran single tersebut di Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

Proses rakaman ‘Harapan Tak Kunjung Usai’ yang telah dilakukan di Bandung, Indonesia itu berjalan lancar. Malah sejak lagu itu  di lancarkan terdapat beberapa komen di YouTube yang menyatakan dengan adanya kolaborasi bersama Hazama dan ST12 menjadikan single ini punya keistimewaannya.

Sementara itu Datuk M.Nasir pula menyifatkan bahawa lagu Harapan Tak Kunjung Usai itu menepati ‘standard’ yang diperlukan selain lirik yang baik melodi yang mudah di hadam telinga juga menjadi antara salah satu faktor mengapa lagu itu cukup istimewa.

Untuk rekod ST12 Live Concert In Malaysia akan berlangsung pada 10 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur dengan menampilkan Aris Idol, Firman Siagian dan Hazama sebagai artis undangan.

Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP).


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page