September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Loudness Akan Kembali Beraksi di Malaysia Tahun Ini

2 min read
Spread the love

Gergasi heavy metal Jepun, Loudness, akan kembali ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur untuk membuat persembahan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 14 September tahun ini, menurut sumber yang boleh dipercayai. Selain daripada itu, sumber itu turut juga mendedahkan bahawa Rockstage Entertainment adalah merupakan penganjur yang akan bertanggungjawab menganjurkan konsert kumpulan itu yang akan datang di Malaysia.

Walaupun Rockstage Entertainment belum lagi mendedahkan bahawa mereka akan membawa Loudness tampil membuat persembahan di Malaysia setakat ini, petanda halus mulai muncul kerana Rockstage Entertainment telah mengeluarkan flier yang mempunyai tulisan menggunakan fon yang mirip dengan tulisan fon yang boleh dilihat pada logo kumpulan Loudness semenjak awal bulan ini di media sosial.

Flier yang dikeluarkan oleh Rockstage Entertainment tersebut hanya mengatakan bahawa sebuah persembahan konsert adakan dianjurkan oleh mereka di Zepp Kuala Lumpur pada tanggal 14 September, 2024.

Sekiranya Loudness beraksi di Malaysia pada tahun, ini adalah kali pertama dalam tempoh masa lima tahun kumpulan itu akan beraksi di Malaysia, dimana kali terakhir mereka membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2019 di The Bee, Publika.

Setakat ini juga harga tiket untuk persembahan tersebut belum diketahui lagi manakala Loudness dijangka akan membawa lagu-lagu yang bersesuaian dengan kriteria yang ditetapkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan untuk persembahan mereka di Malaysia.

Fliers yang dikeluarkan oleh pihak Rockstage Entertainment setakat ini yang menunjukkan indikasi bahawa Loudness akan beraksi di Kuala Lumpur tahun ini…

Loudness dikatakan sebagai kumpulan perintis genre heavy metal di Jepun, lebih-lebih lagi sewaktu awal kewujudan mereka pada akhir 1970-an dan awal 1980-an. Sebagai salah satu kumpulan Jepun pertama yang cemerlang dalam muzik heavy metal, mereka meletakkan asas untuk artis-artis rock dan metal Jepun selepas kewujudan mereka. Mereka juga menyumbang dengan ketara kepada pembangunan rock dan metal di negara asal mereka, Jepun.

Loudness mencapai kejayaan dan pengiktirafan antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat dan mereka adalah kumpulan Jepun pertama yang menandatangani dengan label antarabangsa utama iaitu Atlantic Records, yang melonjakkan kehadiran mereka di pentas muzik global.

Mereka sering melakukan jelajah tour secara meluas di Amerika Utara dan Eropah, yang menyebabkan mereka bukan sahaja memperoleh ramai peminat dari negara mereka sendiri, malahan segenap pelusuk dunia juga. Adalah tidak keterlaluan juga jikalau dikatakan bahawa asalkan seseorang itu meminati irama heavy metal ataupun rock, besar kemungkinan orang itu juga akan mengenali kumpulan Loudness.

Jikalau ada sesiapa yang belum mengenali kumpulan ini, lagu-lagu mereka seperti “So Lonely,” “Heavy Chains,” “Crazy Night” dan “Let It Go” bolehlah didengari terlebih dahulu sebagai rujukan. Ini adalah kerana lagu-lagu tersebut kini sudah terkenal di kalangan ramai peminat muzik heavy metal di seluruh dunia dan boleh juga dianggap lagu-lagu untuk genre muzik heavy metal yang ikonik.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page