It’s The Ship 2025 Tawar Pelayaran Paling “Gila” Di Asia

Timmy Trumpet, Alok & Nicky Romero Antara Artis Yang Akan Beraksi
Festival EDM paling epik Asia kembali! IT’S THE SHIP, satu-satunya festival muzik elektronik Singapura yang berlayar merentas lautan, hari ini mengumumkan barisan pertama artis antarabangsa yang akan menghangatkan dek kapal pesiar Genting Dream dari 16 hingga 18 November 2025.
Tiga nama besar dunia EDM Timmy Trumpet, Alok, dan Nicky Romero bakal membuat penampilan sulung mereka di festival ikonik ini, menjanjikan pengalaman muzik yang belum pernah dirasai sebelum ini oleh para “shipmates”.
“Ini baru permulaan,” ujar Samira Davidson, Ketua Projek IT’S THE SHIP. “Barisan pembuka tirai kali ini menampilkan tenaga baru dan pengalaman segar daripada artis antarabangsa yang akan buat pertama kalinya tampil di atas kapal kami. Peminat boleh jangkakan sebuah pelayaran muzik yang betul-betul luar biasa!”
Timmy Trumpet maestro EDM yang terkenal dengan solo trompet ikonik dan aksi pentas penuh adrenalin bakal menggempur lautan buat kali pertama. Beliau disertai oleh superstar Brazil, Alok, yang terkenal dengan lagu-lagu hit global bernilai bilion penstriman, serta Nicky Romero, DJ/produser dari Belanda yang tidak asing dalam senarai festival utama dunia.
Turut menyertai pelayaran muzik ini ialah Code Black – raja hardstyle dari Australia, Tita Lau – bintang baharu dengan sentuhan tech-house bertenaga dan DubVision, Justin Mylo dan Telykast – mewakili kolektif STMPD milik Martin Garrix, bakal bawa irama future bounce dan progressive house ke atas dek kapal
Berlangsung selama 3 hari 2 malam, IT’S THE SHIP 2025 bukan sekadar festival muzik ia sebuah “shipcation” gila-gila yang menggabungkan pesta, percutian mewah dan komuniti EDM yang unik.
Sepanjang pelayaran, empat pentas akan menyala tanpa henti, dipenuhi dengan Set muzik matahari terbit dan terbenam, Interaksi intim bersama DJ dan artis kegemaran dan Aktiviti ekstrem seperti zipline laut, gelongsor air, dan pelbagai sukan dek
Para pengunjung festival bakal menaiki kapal pesiar mewah Genting Dream, sebuah kapal setinggi 18 dek dengan panjang 335 meter yang menempatkan ratusan bilik kabin, restoran antarabangsa 24 jam, hiburan bertaraf dunia dan pelbagai kemudahan mewah lain.
Pakej kabin kini dibuka untuk tempahan bermula USD899, termasuk, Penginapan 3 hari 2 malam, Makanan tanpa had sepanjang pelayaran, Akses ke semua pentas muzik dan parti bertema, Aktiviti air dan rekreasi eksklusif dan Akses penuh ke fasiliti dan hiburan atas kapal
Pelan pembayaran ansuran bulanan juga disediakan untuk memudahkan lebih ramai pencinta muzik menikmati pengalaman “sekali seumur hidup” ini.
Disokong oleh Sure Win selaku Rakan Kasino Rasmi, IT’S THE SHIP 2025 menjanjikan gelombang hiburan paling mengasyikkan pernah dialami atas lautan.
Ini hanyalah permulaan. Barisan penuh akan diumumkan tidak lama lagi dan dijangka akan memperkukuh lagi reputasi IT’S THE SHIP sebagai festival EDM terapung nombor satu Asia.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari: www.itstheship.com