September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Detektif Ma Dong-Seok Kembali Beraksi Dalam “The Roundup: Punishment”

3 min read
Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Filem dari Korea Selatan “The Roundup: Punishment” telah rasmi ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada hari ini 2 Mei 2024. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem “The Roundup: No Way Out” yang ditayangkan pada 2023 dan sekaligus menjadi filem terlaris sepanjang zaman di Korea Selatan. Ma Dong-Seok (Don Lee) kembali mengejar penjenayah dalam sekuel ke-4 The Roundup ini. Usai berlawan dengan samseng Jepun, kali ini sang detektif berhadapan dengan mantan pasukan khas yang kejam dan tanpa belas kasihan.

Sejumlah karektor baru diperkenalkan untuk melengkapi cerita. Lantas, apakah “The Roundup: Punishment” hadir dengan kisah yang lebih menarik berbanding sebelumnya? Mengisahkan tentang Detektif Ma Dong-Seok yang kembali bertugas untuk menangkap penjenayah merbahaya. Kali ini, dia memburu Baek Chang-Ki (Kim Mu-Yeol) bekas tentera upahan dan ahli sindiket perjudian dalam talian yang berjaya melarikan diri dari penjara. Ma Dong-Seok dan pasukannya perlu bekerja keras untuk mengesan Baek Chang-Ki yang bersembunyi di Vietnam. Pemburuan ini juga membawa mereka ke dalam pelbagai situasi merbahaya dan penuh aksi.

Kembali dengan plot yang lebih segar dan penjahat yang kian brutal dari pasukan khas, filem ini menawarkan aksi yang menarik dan tegang seperti adegan perkelahian dan kejar-mengejar yang intense. Selain itu, filem ini turut menampilkan momen-momen emosional yang menyentuh hati. “The Roundup: Punishment” bukan sahaja mengenai aksi dan pertualangan, tetapi juga tentang pentingnya keadilan dan nilai moral. Filem ini mengajak penonton menentang kejahatan dan melindungi orang yang lemah.

Kali ini, Ma Dong-Seok menyiasat kes pembunuhan yang menewaskan seorang developer aplikasi di Filipina. Apabila diselidik dengan lebih teliti, ternyata kes tersebut ada kaitan dengan organisasi judi haram secara online terbesar di Korea. Sedar tentang kelemahan diri dalam dunia digital, Ma Dong-Seok akhirnya membentuk satu pasukan penyiasat siber dengan merekrut seorang pakar IT bernama Han Ji Su dan Kang Nam Su. Fakta lain didedahkan, ternyata pertubuhan itu diketuai oleh bekas pasukan khas, Baek Chang Gi.

Dengan pengalaman di masa lalu, Baek Chang Gi mampu membunuh lawannya dengan cepat, menusukkan keris ke tubuh lawannya tanpa belas kasihan. Oleh sebab itu, Baek Chang Gi adalah lawan yang paling layak untuk Ma Dong-Seok. Sudah tentu kehadiran Baek Chang Gi sebagai penjahat utama memberi warna baru kepada sekuel terkini. Setiap sudut pandangan yang diambil dari sisi Baek Chang Gi terasa memberi tension dan stress yang maksima. Bahkan petempuran satu lawan satu antara dirinya dan Ma Dong-Seok berjaya merangsang adrenalin penonton.

Kalau menurut saya, sekuel kali ini dilaksanakan dengan baik dan sangat matang. Hal ini dapat dapat dilihat dari babak aksi yang terasa sangat sengit. Beberapa kali saya juga turut terkesan merasa ‘kesakitan’ dan berteriak ngilu. Adegan aksi yang semakin ‘tajam’ diseimbangkan dengan lawak komedi yang membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak. Tetap menampilkan humor yang terbawa-bawa dari filem pertama, sudah tentu ini bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana jika ada sedikit kesilapan, babak aksi yang telah dibina dengan teliti dari awal akan terasa cringe.

Sutradara Heo Myung Haeng bijak memberikan bahagian yang seimbang antara 2 elemen ini. Maka dengan itu, penonton terbuai stress dan berhambur ketawa dalam masa yang sama, tanpa merosakkan jalan cerita langsung. Sama seperti filem yang sebelumnya, “The Roundup: Punishment” turut menghadirkan music scoring yang membuat perasaan jadi tergugat dan berapi-api. Jika diperhatikan dengan teliti, penonton akan sedar bahawa secara tidak langsung filem ini turut memperkenalkan budaya tradisional Filipina.

Selain menghadirkan kembali beberapa karektor lama, “The Roundup: Punishment” juga menambahkan watak baru untuk memperkayakan cerita. Namun sayangnya, kisah ini masih tetap tertumpu pada seorang Ma Dong-Seok. Hal ini membuatkan cerita terasa monotone dan tidak berkembang. Lebih-lebih lagi jika anda menonton siri Roundup ini secara marathon. Meskipun begitu, ini bukanlah halangan yang ketara kerana sekali lagi persembahan lakonan Don Lee akan membuat penonton fokus hanya padanya.

Banyak pujian diterima daripada pengkritik dan penonton. Dipuji kerana aksi yang hebat, jalan cerita yang menarik dan mesej moral yang kuat. Bagi anda yang menyukai filem aksi Korea Selatan, “The Roundup: Punishment” adalah filem yang wajib ditonton. Padat dengan hiburan yang menarik dan penuh aksi serta mesej moral yang bermakna. Jadi, sudah bersedia untuk menonton pertarungan kejam antara Detektif Ma Dong-Seok dan Baek Chang Gi? Selalunya nampak kelakar namun kali ini penonton akan melihat sisi berbeza Lee Dong Hwi sebagai penjahat. Jom beli tiket sekarang, jangan sampai terlewat.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page