October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

SOMMNI dan PONEY Rai Anak Anak Yatim Di Lembah Klang

Spread the love

Oleh: AwekSamurai

SOMMNI jenama industri bilik tidur yang kian di kenali sukacita mengumumkan satu kerjasama jenama pakaian kanak-kanak terkemuka (PONEY) memperkenalkan siri produk bilik tidur kanak-kanak di semua cawangan PONEY seluruh megara.

Pengumuman itu di buat di sebuah majlis yang berlangsung di PONEY , IOI city Mall, Putrajaya pada 29 April 2024 yang lalu.  Kedua-dua buah syarikat bukan sahaja dalam menawarkan produk  berkualiti untuk kanak-kanak tetapi juga menyumbang kepada komuniti.

Sebagai tanda kerjasama mereka SOMMNI dan PONEY telah menganjurkan ‘Hearts & Homes Pelancaran Amal Aidilfitri yang di rasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri,Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Seiring dengan pengumuman kerjasama mereka, SOMMNI dan PONEY telah menyumbang 100 tilam khas daripada rangkaian bilik tidur terbaru mereka berserta pakaian baru pada kepada rumah kebajikan anak-anak yatim berjumlah RM55,000.  Selain itu majlis tersebut turut menyaksikan penganjuran aktiviti riang untuk anak-anak yatim yang hadir bersama penjaga mereka.  Mereka di beri pilihan untuk memilih sendiri baju dan barangan di dalam premis PONEY untuk di bawa pulang sebagai hadiah.

YB Dato Hajah Nancy Shukri dalam ucapannya berkata kita semua boleh bersama-sama memainkan peranan mengikut konteks pembangunan masyarakat dan kita tidak boleh melupakan tanggungjawab kita untuk memastikan setiap individu, terutamanya golongan terpinggir,mendapat aksess kepada sumber dan sokongan yang mereka perlukan. Jadi SOMMNI dan PONEY boleh menjadi contoh yang terbaik di dalam peranan masyarakat kepada mereka yang memerlukan.

SOMMNI, yang ditubuhkan pada tahun 2017, bermula dengan membekalkan tilam lebihan yang diperoleh daripada bahagian eksport & pembuatan OEMnya untuk dijual pada harga yang berpatutan di pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, wabak Covid-19 mendorong SOMMNI untuk membuat satu penilaian semula ke atas strategi perniagaan mereka lalu tercetuslah penjenamaan semula Sommni sebagai satu jenama produk yang bermotifkan ‘Tilam Dalam Kotak’ atau ‘Mattress in a Box’.

Selepas fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berlangsung selama dua tahun, SOMMNI kemudiannya melancarkan tilam ‘SOMMNI’ pertamanya, diikuti dengan penambahan rangkaian produknya sehingga merangkumi 40 produk yang berbeza pada hari ini untuk pengguna langsung, hotel, hostel, syarikat reka bentuk dalaman, dan lain-lain.

“Sebagai peneraju pasaran pakaian kanak-kanak, kami sedar akan keperluan untuk menyumbang semula kepada komuniti. Oleh itu, kami rasakan program Hearts & Homes: Pelancaran Amal Aidilfitri ini amat penting lebih-lebih lagi apabila dianjurkan bersempena dengan pengumuman kerjasama antara kami dan SOMMNI. Kami harap dengan bersama-sama menggembleng tenaga, kepakaran dan dedikasi kepada kebertanggungjawaban sosial, kami boleh membawa perubahan positif yang lebih meluas dan efektif kepada masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak yang memerlukan,” menurut Amanda Tan, Ketua Barang Dagangan PONEY.

Sebagai langkah ke arah memperkembangkan dan mempelbagaikan operasi mereka, SOMMNI mendedahkan cita-cita mereka untuk lima tahun yang akan akan datang, dengan matlamat untuk bukan sahaja dikenali sebagai jenama kelengkapan tidur semata-mata tetapi juga untuk mengembangkan perniagaan agar SOMMNI dapat menjadi pemain utama dalam sektor kelengkapan rumah dan gaya hidup.

Tonggak kepada matlamat ini ialah aspirasi untuk menjadikan SOMMNI sebagai sebuah syarikat yang terus berkembang melampaui sempadan sektor kelengkapan rumah dan gaya hidup. Syarikat tersebut menyasarkan untuk melaksanakan penawaran awam melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Barisan produk SOMMNI X PONEY yang diperkenalkan pada majlis tersebut termasuk koleksi yang merangkumi katil bayi dan kanak-kanak, dua pilihan tilam, tiga jenis bantal dibuat khas untuk kategori umur yang berlainan, masing-masing lengkap dengan cadar dan sarung bantal percuma. Selain itu, rangkaian produk tersebut telah melalui proses pemilihan bahan-bahan yang ketat bagi memastikan kualiti tilam dan bantal yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Majlis tersebut juga menandakan PONEY di IOI City Mall sebagai cawangan pertama yang menawarkan barisan produk baru SOMMNI X PONEY manakala koleksi tersebut akan mula dijual di kesemua 42 cawangan PONEY dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari http://sommni.com/ dan http://poney.com.my/


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page