October 15, 2026

MMS | MY Media Syndicate

Berita Hari Ini, Gaya Hidup Masa Kini

BLAXSENJA Pertaruh RHAPSODI, EP Sulung Dilancar Disember

Spread the love

Gabungan pop rock dan progressive rock moden, enam anggota BlaxSenja tampil dengan empat lagu sarat emosi

Selepas mencuri perhatian menerusi persembahan di Whiteroom Music Night: “The Stage” Showcase di Royale Chulan Kuala Lumpur, kumpulan muzik alternatif BlaxSenja bersedia membuka lembaran baharu menerusi EP sulung, RHAPSODI, yang dijangka dilancarkan Disember ini.

Berasal dari Puchong, Selangor, BlaxSenja mempertaruhkan identiti muzik tersendiri menerusi gabungan pop rock dan progressive rock moden yang sarat dengan emosi, melankolia serta sentuhan atmosferik.

EP RHAPSODI memuatkan empat lagu iaitu Bintang Masa, Layak Bahagia, Satu Peluang dan Meroket Ke Bintang, yang membawa pendengar menyelami pelbagai sisi kehidupan termasuk kehilangan, jatuh cinta, kerinduan dan perpisahan.

Setiap lagu mengetengahkan penceritaan berbeza dengan sokongan melodi mendalam serta susunan muzik dinamik, sekali gus mencerminkan pendekatan BlaxSenja dalam menghasilkan karya yang dekat dengan emosi pendengar.

BlaxSenja dianggotai Arjuna selaku vokalis, Joe dan Jai (gitar), Hafiz (bes), Qash (papan kekunci) serta Am (dram).

Kemunculan RHAPSODI diharap dapat memperkenalkan warna muzik mereka kepada lebih ramai pendengar, selain mengukuhkan kedudukan kumpulan itu dalam persada muzik alternatif tempatan.

Dengan empat karya yang menggabungkan melodi, penceritaan dan emosi, BlaxSenja kini bersedia membuktikan kemampuan mereka menerusi taruhan sulung berkenaan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page