February 5, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Langsuir Umum Jelajah Melayu-Mystic Peninsular Tour 2025

Spread the love

Langsuir, nama yang tidak asing lagi dalam kancah Death Metal berunsurkan Kemelayuan, baru-baru ini mengumumkan jelajah terbaharu mereka, Melayu-Mystic Peninsular Tour 2025. Jelajah yang dianjurkan oleh Goatlordth Records ini bakal menyusuri pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia dan disertai oleh dua band tempatan, Apocalyptic Carnage dan Pendita Gila.

Menariknya, Melayu-Mystic Peninsular Tour 2025 adalah siri jelajah pertama Langsuir dengan susunan ahli terkini mereka selepas keluaran EP Engkar. Jelajah ini juga membawa imej baharu Langsuir yang lebih segar, serta memperkenalkan muzik mereka yang lebih mendalam dan diperkaya dengan elemen-elemen mistikal Melayu. Setakat ini, enam tarikh persembahan telah disahkan, dengan beberapa lagi lokasi masih dalam perbincangan.

“Ini adalah panggilan kepada semua peminat Langsuir – lama dan baharu! Kami akan menggempur setiap kawasan dengan persembahan lebih bertenaga, berbaur dengan aroma kemenyan dan serapah mistikal yang menyegarkan semangat asal Langsuir,” kata Bentara (gitar utama/komposer) dan Mirlanast (gitar kedua) dalam kenyataan bersama.

Jelajah ini juga memberi peluang kepada peminat untuk mendengar sendiri muzik dari EP Engkar dan memberi gambaran awal kepada EP terbaharu Langsuir yang kini sedang dalam proses akhir adunan.

Peneraju Goatlordth Records, Aizat Rosebi, menyatakan bahawa mereka amat berbangga dapat merangka siri jelajah ini untuk Langsuir, sebuah band yang sudah lama diiktiraf sebagai legenda dalam dunia metal tanah air. “Kami teruja kerana dapat memberi peluang kepada pengikut Langsuir untuk menyaksikan band ini dengan lineup baru, dan lebih penting lagi, merasai pengalaman sebenar Malay-Mystic Death Metal yang tiada tandingannya,” ujar Aizat.

Jelajah ini akan dimulakan dengan persembahan Langsuir di Goatlordth Black Congregation yang akan diadakan pada 15 Februari 2025 di Petai Belalang, Kuala Lumpur. Tiket untuk persembahan ini sudah boleh didapati melalui pautan rasmi.

Untuk maklumat terkini mengenai siri jelajah ini, peminat boleh mengikuti profil Facebook Goatlordth Records dan Langsuir.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page