December 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Tiket GENKRU HARI KEDUA habis dijual dalam masa 45 minit

Spread the love

Icon Entertainment sekali lagi ingin mengucapkan jutaan dan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari kedua habis dijual dalam durasi 45 minit!

“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.

“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua akan mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada dua-dua hari konsert itu kelak,” tambah Iman.

Atas permintaan ramai , ICON ENTERTAINMENT telah mengumumkan tentang konsert hari kedua yang akan berlangsung pada 4 Mei 2025


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page