November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

YPS Ingin Mencari Duta Sape Mereka Melalui ‘Kem Sape YPS 2023’

Spread the love

Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) ingin memanfaatkan populariti Sape, sebuah alat muzik tradisional ikonik Sarawak, di kalangan belia di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan dengan menganjurkan sebuah kem yang dikenali sebagai ‘Kem Sape YPS 2023’. Dengan tema ‘Perpaduan Tanpa Sempadan’ (Unity Without Borders), kem tersebut akan berlangsung selama empat hari dari 19 hingga 22 Jun tahun ini di Kuching, Sarawak.

Menurut Ketua Eksekutif YPS, Datu Aloysius J. Dris, kem itu disasarkan kepada belia pelbagai kaum yang ingin mempelajari cara bermain Sape dan menjadikan Sape sebagai salah satu alat muzik yang boleh dimainkan oleh mereka. Ianya juga secara khusus tertumpu kepada objektif korporat YPS untuk mendekati khalayak sasaran mereka kali ini iaitu belia pelbagai kaum.

“Kem ini adalah adalah niat strategik kami untuk menyatukan belia-belia bukan sahaja di Sarawak, tapi di seluruh Malaysia juga dengan menjadikan Sape sebagai sebuah alat penyatuan selain daripada memberi mereka minat baru dalam muzik dan peluang menceburi kerjaya berasaskan kebolehan bermain alat muzik.

“Untuk kem ini, seramai 15 peserta dari seluruh negara yang teridiri daripada perserta pelbagai kaum telah dipilih untuk menyertai kem ini,” katanya ketika becakap pada sidang media yang diadakan di Muzium Budaya Borneo, Kuching baru-baru ini.

Peserta Kem Sape YPS 2023 akan diajak mengetahui lebih lanjut mengenai asal usul alat muzik Sape, sejarah dan penghayatan alat muzik tersebut dalam sejarah muzik. Perserta kem juga akan belajar tentang komposisi muzik menggunakan Sape dan didedahkan kepada pembuatan Sape dan pemilihan reka bentuk untuk alat muzik tersebut.

Gambar yang diambil dari laman Facebook YPS menunjukkan Aloysius (tengah) bersama (dari kiri) Lim, Jerry, Matthew, dan Narawi bergambar bersama pada sidang media itu.

Pengendali kem tersebut, menurut Aloysius, adalah bakat Sarawak sendiri dalam industri muzik yang teridiri daripada pemain Sape lagenda Sarawak Mathew Ngau, pemain Sape terkenal dari Sarawak Jerry Kamit, komposer Narawi Rashidi serta penyelidik tempatan dan ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Connie Lim.

Beliau juga mendedahkan bahawa mereka ini akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mendalam mereka mengenai Sape sebagai alat muzik, asal usulnya dan perjalanan muzik Sape di seluruh dunia. Para pengendali kem juga akan berkongsi pelbagai topik yang sesuai untuk perbincangan, daripada aplikasi praktikal dan teori dan pertukaran kepada sesi jamming dan demonstrasi membuat Sape.

“Selain daripada itu, apabila peserta telah menyertai kem tersebut, para peserta kem akan berkhidmat sebagai duta Sape YPS dengan matlamat bersatu untuk mengajar Sape sebagai alat muzik pilihan mereka; muzik Sape sebagai sebahagian daripada pilihan muzik mereka; dan dapat berkongsi perjalanan muzik mereka walaupun Sape bukan alat muzik asli kaum mereka sendiri,” katanya.

Untuk menyerikan majlis penutupan Kem Sape YPS 2023, yang akan diadakan pada 22 Jun ini di Muzium Budaya Borneo, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah dijemput untuk menghadiri acara tersebut dan sebagai menandakan berakhirnya kem tersebut juga, duta-duta Sape YPS akan membuat persembahan di sebuah konsert yang diberi judul ‘Evening Unity Concert’ di Godown Amphitheatre, Kuching Waterfront pada hari yang sama.

Para duta Sape YPS yang bermain di konsert tersebut akan memakai pakaian tradisional lengkap dan konsert tersebut telah dijadualkan untuk bermula jam 7.30 malam. Tiada bayaran akan dikenakan kepada mereka yang ingin menghadiri dan menyaksikan konsert tersebut.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page