September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Yovie Widianto Bersama Lyodra Bertepuk Sebelah Tangan Kerana ‘Terlalu Cinta’

2 min read
Spread the love

Maestro lagu-lagu romantis tanah air, Yovie Widianto, kembali membuat inovasi baru dengan merilis semula lagu “Terlalu Cinta” dengan menggandingkan salah satu bakat terbaik masa kini, Lyodra.

Buat pengetahuan, lagu “Terlalu Cinta” adalah ciptaan Yovie Widianto yang pernah dirilis pada tahun 2006 dan sempat menjadi hit ketika dinyanyikan oleh Dato Sri Rossa. Kali ini, Yovie Widianto memilih Lyodra untuk menyanyikan semula. Lagu ini dirilis di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

“Karakter suara Lyodra sangat sesuai untuk menyanyikan lagu ini. Sejak projek ini dimulakan, nama Lyodra sudah terlintas dalam fikiran, dan hasilnya sangat memuaskan,” kata Yovie mengenai projek tersebut.

“Saat diajak untuk menyanyikan lagu ini, saya terus menerimanya. Walaupun ini adalah tugas berat kerana lagu ini sangat hebat ketika dinyanyikan oleh kak Rossa. Tambahan pula, ini adalah lagu hit, jadi awalnya memang ada tekanan, tetapi setelah menyanyikannya, semuanya terasa menyenangkan dan memuaskan,” ujar Lyodra.

Seperti yang kita tahu, single “Terlalu Cinta” adalah sebuah lagu cinta dengan irama pop balada yang sangat indah. Lagu ini menceritakan tentang pengalaman pahit seseorang yang terperangkap dalam cinta yang tak berbalas. Melalui liriknya, lagu ini menyampaikan perasaan putus asa dan kesedihan kerana tidak dapat memiliki orang yang dicintai.

Untuk susunan muziknya, Yovie Widianto tidak terlalu banyak menggubah lagu tersebut agar tidak menjauh dari corak asalnya. Namun, sentuhannya dibuat lebih megah dengan penguatan di bahagian strings untuk mengiringi instrumen piano yang menjadi senjata utamanya.

Lyodra sendiri membuat lagu ini menjadi lebih segar dengan ciri khas vokalnya. Kekuatan vokal Lyodra menjadi menu utama dari seluruh susunan lagu yang disajikan dalam single “Terlalu Cinta” versi terbaru ini.

Bercerita mengenai video muziknya, Prialangga sebagai pengarah membuat konsep yang sederhana namun penuh makna, dengan video muzik yang bercerita seperti sebuah mini movie. Di mana ia menyertakan konflik dalam ceritanya yang membuatnya jadi lebih menarik.

Tone visual yang ditunjukan juga sangat indah untuk dilihat dan dinikmati. Selain Lyodra, video muzik ini juga dibintangi oleh Davina Karamoy yang dikenal sebagai pelakon dalam filem Ipar Adalah Maut, dan Arbani Yasiz pelakon Ancika: Dia yang Bersamaku 1995.

Yang membuat video muzik ini jadi menarik adalah kehadiran Dato Sri Rossa di bahagian- bahagian terakhir. Hal ini seolah-olah menjadi penguatan diatas sokongan Dato Sri Rossa terhadap Lyodra untuk menyanyikan semula lagu “Terlalu Cinta” tersebut.

“Saya berharap lagu ini bukan hanya menjadi sebuah nostalgia saja, tetapi juga dapat dinikmati oleh mereka para penggemar muzik di era sekarang,” harap Yovie Widianto mengenai single ini.

“Harapannya agar dapat didengar oleh ramai orang, dan menjadi sesuatu yang segar untuk didengarkan di masa kini. Dan, dapat menjadi soundtrack bagi mereka yang berkaitan dengan liriknya,” harap Lyodra.

Jadi, tunggu apa lagi, dengarkan lagu ini di semua platform perkhidmatan muzik digital kegemaran anda, dan tonton video muziknya di akaun rasmi YouTube milik Lyodra. Dengarkan “Terlalu Cinta” di  https://lnk.to/YovieWidiantoLyodraTerlaluCinta


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page