October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

XPDC Bakal Menggegarkan Sarawak!

Spread the love

Kumpulan legenda rock dan metal Malaysia XPDC yang dibarisi oleh Izo, Ali, Eddie, Lola dan Arif Izo kelihatan bakal membuat kemunculan di Bau, Kuching, Sarawak pada Ogos ini di mana persembahan mereka adalah merupakan acara penutup untuk pertandingan ‘Battle of the Bands’ yang diadakan sempena Karnival Gawai Redeems Ke-15 tahun ini (2023).

Menurut risalah yang kelihatan sedang disebarkan di media sosial, persembahan XPDC yang dikenali sebagai ‘XPDC Live in Concert’ itu akan berlangsung dan bermula pada jam 8 malam di Kampung Budaya Bidayuh, berhampiran dengan Redeems Centre di Apar, daerah Bau pada 26 Ogos ini.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai persembahan itu pada masa ini, satu perkara yang pasti tentang persembahan XPDC ini adalah ianya bakal menjadi kali pertama kumpulan legenda itu akan membuat persembahan di daerah Bau.

Sementara itu, penganjur Karnival Gawai Redeems ke-15 telah mendedahkan bahawa pertandingan ‘Battle of the Bands’ menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 di mana kumpulan yang menang juga akan ditawarkan untuk menjadi kumpulan yang membuat persembahan pembuka tirai kepada konsert XPDC tersebut.

Ia juga mendedahkan bahawa tiket untuk pertunjukan XPDC telah dijual sejak 14 Jun di kedua-dua platform fizikal dan dalam talian dan untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat bolehlah menghantar teks WhatsApp kepada nombor 013-224 2325, atau e-mel kepada [email protected].

Terdapat 3 jenis tiket yang sedang dijual untuk persembahan XPDC di daerah Bau tersebut iaitu Early Bird (RM88), Pre-Sale (RM98) dan Regular (RM108).


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page