Xikers Bakal Beraksi di Malaysia Januari Ini
Konsert ‘World Tour Tricky House: First Encounter In Kuala Lumpur’ Akan Berlangsung Pada 19 Januari 2025 di JioSpace
Grup K-pop generasi baharu, xikers, di bawah naungan KQ Entertainment, bakal hadir ke Malaysia buat pertama kali melalui siri jelajah konsert mereka di Asia.
Konsert bertajuk 2025 xikers WORLD TOUR TRICKY HOUSE: FIRST ENCOUNTER IN KUALA LUMPUR akan berlangsung pada 19 Januari 2025 (Ahad), jam 5.00 petang di JioSpace.
Sejak debut pada 30 Mac 2023, xikers telah mencipta fenomena dalam arena K-pop global. Album EP pertama mereka, “HOUSE OF TRICKY: Doorbell Ringing”, membawa kejayaan besar, termasuk menduduki tempat pertama carta Billboard Emerging Artists, tempat keempat Billboard World Albums, dan ke-75 di Billboard 200, sekali gus memperkukuh status mereka sebagai “monster rookies.”
Kejayaan itu diteruskan dengan album EP kedua, “HOUSE OF TRICKY: HOW TO PLAY”, yang mencatat peningkatan jualan hampir dua kali ganda pada minggu pertama. Momentum ini berlanjutan ke siri jelajah dunia mereka, TRICKY HOUSE: FIRST ENCOUNTER di Amerika Syarikat, yang mendapat sambutan hangat.
Setelah selesai dengan jelajah di Australia, Xikers akan membawa persembahan penuh bertenaga ke Bangkok, Kuala Lumpur, Macau, dan Jakarta, diiringi lagu-lagu hits mereka yang mengukuhkan nama mereka sebagai salah satu bintang yang sedang meningkat di pentas global.
Buat para ROAD𝓨 (gelaran peminat xikers), jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan sulung mereka di Malaysia!
Tiket akan mula dijual pada 26 Disember 2024, jam 11.00 pagi, di BookMyShow dengan harga RM696 (SVIP), RM596 (VIP) dan RM296 (GA).
Peminat berpeluang menikmati pelbagai Faedah Peminat (Fan Benefits) seperti Prioriti Masuk, Foto Berkumpulan, Akses Raptai (Soundcheck), Sesi Hi-Touch, serta Hadiah Eksklusif seperti Lanyard, Set Poskad, Poster Bertandatangan, dan Polaroid Bertandatangan.
Untuk maklumat lanjut, peminat boleh mengikuti perkembangan terkini di laman sosial rasmi BoxLiveAsia di Facebook (www.facebook.com/boxliveasia) dan Instagram (www.instagram.com/boxliveasia).