September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Vanessa Reynauld Pukau Juri Sing! China 2023

2 min read
Spread the love

Penyanyi Vanessa Reynauld berjaya menarik perhatian malah memukau empat juri professional menerusi uji bakat program Sing! China 2023 yang disiarkan menerusi saluran Zhejiang TV.

Ketika uji bakat berkenaan Vanessa mendendangkan lagu Riding The Wind nyanyian asal David Huang dalam bahasa Mandarin lantas mengundang keterujaan empat juri untuk menjadikan Vanessa sebagai protégé.

Program Sing! China 2023  di adili oleh Emil Chau, Joker Xue, Will Plan dan Henry Lau (Super Junior).

Malah, empat juri itu turut memuji Vanessa yang muncul pada episod kedua sebagai peserta paling sempurna, selain kagum melihat keunikannya yang lahir dalam keluarga campur, imej rambut gerbang dan kepetahan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Vanessa ketika ditemui media turut melahirkan rasa terkejut dan tidak menjangka berjaya menambat hati empat juri berkenaan.

“Saya tak menjangkakan juri akan pandang dan berebut mahukan saya, momen itu memang agak tegang kerana saya tidak tahu hendak memilih siapa sebagai mentor”

“Saya berada dalam dilema sama ada hendak memilih antara Emil atau Henry kerana mereka ada keistimewaan tersendiri. Namun, akhirnya saya pilih Emil kerana dia seorang penyanyi yang hebat dan berpengalaman luas dalam bidang nyanyian,” ujar Vanessa.

Penyanyi berusia 23 tahun itu turut tular di platform media sosial negara China selepas video uji bakat tersebut di siarkan di Zhejiang TV.

Vanessa berkata, dia tidak menyangka video nyanyian dalam YouTube menjadi viral dan meraih lebih 200,000 tontonan dan jumlah pengikutnya di akaun Douying juga bertambah dan menerima banyak komen positif.

“Saya tahu video sedang viral, cuma belum berkesempatan membaca komen ditinggalkan. Saya hanya sempat membaca komen dalam Instagram dan terharu sokongan diterima, tak sangka viral dalam sekelip mata,” tambahnya.

Program Sing! China 2023 memasuki musim kelapan menggunakan format pertandingan baharu yang terbahagi kepada dua iaitu Pilihan Buta dan Pilihan Terbuka.

Ia boleh ditonton secara eksklusif di Astro Go dan Astro Quan Jia (saluran 308) setiap Jumaat, 8.20 malam.

Vanessa yang kini sudah kembali ke China bagi membuat persiapan untuk menghadapi cabaran di pentas yang akan datang, selain itu Vanessa juga akan bakal melancarkan single terbarunya “IGAU” pada 25 Ogos, yang akan berada di semua saluran digital strim muzik.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page