September 7, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Usai Sudah’ Taruhan Baharu Eizmil Jamal

2 min read
Spread the love

Industri hiburan tanahair menyaksikan pelancaran single terbaru “Usai Sudah” daripada artis pendatang baru yang berbakat, Eizmil Jamal. Lagu ini merupakan sebuah pop ballad yang menyentuh hati, mengisahkan kisah dua pasangan yang berpisah secara tiba-tiba dan kemudian muncul kembali dalam kehidupan masing-masing.

Eizmil Jamal, yang berasal dari Selangor, Shah Alam, adalah seorang artis yang penuh dengan potensi dan dedikasi. Lagu “Usai Sudah” adalah hasil karya yang melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik seperti Aliff Hassan, Ijoy, dan Hariz yang bertindak sebagai producer dan komposer. Lirik lagu ini ditulis oleh Aliff Hassan bersama seorang lelaki

Aliff Hassan, penemu bakat dan juga salah seorang komposer, berkata, “Kami sangat berbangga dapat memperkenalkan Eizmil Jamal kepada industri muzik. Penglibatan kami dalam menghasilkan ‘Usai Sudah’ adalah satu pengalaman yang luar biasa, dan kami berharap lagu ini akan mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar.”

Muzik Video “Usai Sudah” telah menjalani penggambaran yang menakjubkan dan diarahkan oleh pengarah berpengalaman. Video ini menampilkan visual yang memukau, seiring dengan emosi mendalam yang disampaikan oleh lagu tersebut. Dengan produksi yang berkualiti tinggi, muzik video ini diharapkan dapat menembusi pasaran muzik bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

Untuk info, Eizmil Jamal bukan sahaja berbakat dalam bidang muzik, tetapi juga aktif dalam pertandingan tilawah serta kejohanan sukan dan badminton. Eizmil membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang lengkap dengan pakej yang menarik, mampu menggabungkan pelbagai aspek seni dan sukan dalam satu persona. Penglibatannya dalam pelbagai aktiviti ini menjadikan beliau seorang yang versatil dan berdisiplin, sesuai dengan imej seorang artis serba boleh.

Saya berharap kehadiran saya di dalam industri muzik tanah air dapat diterima oleh semua pendengar muzik tempatan, dan pengalaman pertama kali didalam bilik rakaman dan berkerja bersama orang orang industri amat bermakna dan memberi saya banyak ilmu tentang muzik, Ujar Eizmil Jamal

Manakala AJ Music yang bertindak sebagai label yang bertanggungjawab memperkenalkan Eizmil menganggap bahawa “Usai Sudah” adalah lagu istimewa yang menggabungkan kekuatan kreatif komposer muda dalam mencipta sepenuhnya lagu dan lirik.

Lirik lagu “Usai Sudah” menggambarkan kerinduan mendalam seorang yang kehilangan cintanya. Dengan berlatar malam yang sunyi dan bintang-bintang di langit, ia berharap bintang-bintang bisa memberitahunya tentang keberadaan orang yang dicintainya.

Dia terus menunggu dan merindukan kehadiran orang tersebut, merasakan kesepian dan kekosongan yang semakin menusuk di tengah malam yang hening. Lagu ini mengungkapkan rasa harap dan kesendirian dalam pencarian cinta yang hilang.

Muzik Video Rasmi “Usai Sudah” telah dilancarkan di saluran YouTube – AJ Music dan lagu ini boleh didapati di seluruh platform digital.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page