September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Usaha Gigih PHENOMISTIK Di terjemahkan Menerusi Album Terbaharu

2 min read
Spread the love

Dua tahun selepas menerbitkan album “As-Sahar II”, PHENOMISTIK terus aktif dalam pengeluaran album dan pada 1 Disember ini album “As-Sahar III” pula akan berada di pasaran. Album terbaharu PHENOMISTIK ini yang merupakan yang ketiga daripada mereka adalah sebuah konsep album bertema nasionalisme dan perjuangan bangsa.

Dari segi pembawaan muzik pula, terdapat sedikit kelainan daripada album-album sebelum ini. PHENOMISTIK yang sebelum ini lebih terserlah dengan genre black metal, telah memasukkan elemen-elemen melodic death metal di dalam muzik mereka bagi album terbaru ini. Namun kelainan tersebut adalah pada kadar minimal dan peminat tegar muzik dan karya One Barchiel (gitaris/ vokalis) pastinya akan tetap jumpa sesuatu yang ‘familiar’ bila mendengarkan sajian lagu-lagu daripada album “As-Sahar III” ini.

Menurut One Barchiel, pembikinan album ini mengambil masa selama 2 tahun. Sejurus terbitnya album sebelumnya, PHENOMISTIK terus bergiat dalam penciptaan lagu-lagu bagi album seterusnya.

Mereka mula berkampung di studio rakaman TNT di Singapura sejak Mei lalu dan proses rakaman akhirnya selesai pada September. Menjadi harapan One Barchiel dan Akhzareth (pemain drums) semoga album “As-Sahar III” ini dapat memberi kepuasan buat peminat-peminat tegar mereka mahupun peminat-peminat yang baru sepertimana mereka sendiri merasa kepuasan dengan penghasilan daripada usaha gigih mereka selama dua tahun.

Akhzareth yang telah bersama dengan One Barchiel sejak tahun 2007 lagi, menyatakan bahawa “As-Sahar III” adalah rakaman terbaik yang pernah beliau lakukan sepanjang penglibatannya dalam arus muzik underground.

PHENOMISTIK “As-Sahar III” terdapat dalam format CD dan kaset dan dikeluarkan oleh Syarikat rakaman Shah Honda Muzik. Untuk mendapatkan CD dan kaset, boleh hubungi –  0196057720 (Shah Honda Music) dan 0177267800 (One Barchiel).

Pautan single “Kita Tak Pernah Hilang” daripada album PHENOMISTIK “As-Sahar III”


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page