October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Aplikasi ZCITY Kini Merupakan Saluran Rasmi Untuk Membeli Tiket Borderland Music Festival Sarawak

Spread the love

Aplikasi ZCITY telah menjadi saluran rasmi untuk membeli tiket Borderland Music Festival atau Pesta Muzik Borderland yang akan diadakan di bandaraya Miri, Sarawak dari 15 hingga 16 September tahun ini. Pendedahan itu telah dibuat oleh Treasure Global Inc (TGL), syarikat yang mempunyai hak milik kepada aplikasi tersebut baru-baru ini.

Menurut sebuah kenyataan media oleh TGL, syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan penganjur Pesta Muzik Borderland dan kerjasama antara dua pihak tersebut adalah untuk mewujudkan sebuah pesta muzik tanpa tunai dan platform pembelian tiket dalam talian yang pertama di Malaysia.

Dengan kerjasama antara TGL dan Borderland Music Festival, aplikasi ZCITY akan mendapat pendedahan dan penembusan pasaran yang ketara di Sarawak, yang mempunyai populasi 2.453 juta, menurut bancian Malaysia 2020. Pengembangan strategik ini mengukuhkan lagi kedudukan TGL sebagai peneraju industri, dengan platform tanpa tunai dan tiket yang inovatif yang ditetapkan untuk mengubah pengalaman acara untuk pengunjung pesta.

Aplikasi ZCITY yang merupakan sebuah penyelesaian tanpa tunai dan tiket inovatif TGL akan membolehkan pengunjung pesta menikmati pengalaman tanpa tunai yang lancar melalui kemudahan perkhidmatan tiket yang diperkemas dan lebih selamat, semuanya melalui satu aplikasi. TGL akan mengenakan bayaran untuk setiap tiket yang dijual, memberikan peluang penjanaan pendapatan baharu untuk syarikat tersebut.

Selain itu, ZCITY akan memudahkan teknologi untuk mengimbas dan membayar apabila membeli makanan atau minuman, menghapuskan baris gilir dan membolehkan tambah nilai menggunakan semua e-dompet utama di Malaysia. Bagi pelawat antarabangsa, kad kredit atau debit, serta FPX bank, akan diterima. Proses pembayaran yang lancar ini memastikan peserta pesta dapat menumpukan pada menikmati muzik dan perayaan tanpa sebarang kesulitan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TGL Sam Teo, TGL sentiasa mencipta penyelesaian yang mengubah permainan yang menjadikan kehidupan pelanggan TGL lebih mudah, dan industri acara Malaysia sudah matang untuk inovasi untuk menyelaraskan proses dengan platform teknologi TGL. Kerjasama TGL dengan Pesta Muzik Borderland menyerlahkan peluang menarik bagi mereka untuk mengembangkan tawaran mereka ke dalam industri acara.

“Kami berbangga menerima sokongan daripada badan kerajaan tempatan untuk bekerjasama dengan acara kebudayaan ini, yang merupakan bukti keupayaan dan penyelesaian ZCITY. Tiket untuk Pesta Muzik Borderland kini tersedia di APP ZCITY kami, di mana anda boleh memuat turun aplikasi dari APP Store atau Google Playstore.

“Pesta ini menawarkan pelbagai pakej tiket untuk memenuhi pilihan yang berbeza, termasuk Pas Dua Hari, VIP dan SOFA VIP. Untuk maklumat lanjut tentang pilihan tiket, barisan lengkap dan maklumat terkini Pesta Muzik Borderland, sila layari www.borderland-asia.com,” katanya di sebuah kenyataan media baru-baru ini.

Pesta Muzik Borderland yang merupakan sebuah pesta yang dianjurkan buat pertama kalinya di Sarawak tahun ini adalah sebuah pesta yang mempamerkan gabungan artis antarabangsa dan tempatan, meraikan warisan budaya Borneo yang pelbagai.

Pesta itu diperakui oleh badan kerajaan tempatan, termasuk Datuk Bandar Miri dan Lembaga Pelancongan Sarawak dan disebabkan perakuan-perakuan itu, ianya mengukuhkan kedudukan pesta itu sebagai antara acara kebudayaan terulung di Malaysia.

Pihak penganjur pesta tersebut juga telah mendedahkan bahawa Pesta Muzik Borderland akan menjadi sebuah acara tahunan yang diadakan di Sarawak.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page