October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Tiupan Roh dan Semangat Blackfire Dijelmakan Menerusi “The Enourmous Wrath”

Spread the love

Kumpulan Blackfire , sudah tidak perlu dipertikaikan kewibawaannya kerana mereka adalah generasi pertama Underground Metal di Malaysia dan Asia Tenggara yang masih ‘bernafas’ , walaupun ramai yang sangka mereka telah bubar apatah lagi sejak ‘kehilangan’ vokalis asal mereka.

Nadi Blackfire tidak pernah terhenti malah mereka kembali bangkit dalam ‘lena’ yang panjang . Album “Lahir Dari Api” yang dikeluarkan pada tahun 2006 memberikan suatu perasaan yang ‘mendebarkan’ . Dengan elemen proto muzik metal awal , mereka adalah inspirasi , mempersembahkan muzik ekstrim Metal dengan pengaruh 80an .

Tahun 2023 roh Blackfire kembali ditiup bersama semangat LordEekram – Vokalis, MasterSubri -Guitar, Din PenditaGila –Guitar, Asri Speedfire – Drum dan Hakim Internal – Bass untuk terus menyemarakkan ‘api hitam’ dengan buah tangan terbaru yang berjudul “The Enourmous Wrath”.

“The Enourmous Wrath” membawa jasad peminat dengan lontaran vokal serta melodi berat ekstrim metal bawaan Blackfire dengan 8 buah lagu baharu antaranya The Wall, Dystopia, Reborn, The Enourmous Wrath, Grave Yard, The One, Dark Force dan Lahir Dari Api II.  Album keluaran Black Label Production ini di datangkan dengan format Digipack yang ternyata cukup berbaloi untuk dimiliki apatah lagi ianya boleh di klasifikasikan antara khazanah fizikal yang ‘wajib’ di miliki oleh semua penggemar genre eksrim metal.

Tidak perlu kita membandingkan antara vokal dahulu dan yang terkini, apa yang pasti setiap individu mempunyai ‘keistimewaan’, begitu juga dengan muzik yang di persembahkan menerusi album ini.  Ianya masih berat, ranggup dan lazat untuk dinikmati.  Masih kuat aura ‘metal’ dambaan Blackfire menerusi album ini.

Gabungan melodi dan lirikal ‘kehitaman’ di paterikan dengan kekuatan jenama Blackfire menjadikan ianya asas kukuh untuk tidak ‘skip’ setiap track lagu yang di utarakan. Album ini menjadi platform  agar jenama Blackfire terus terpelihara apatah lagi ianya adalah sebahagian daripada sejarah peradaban muzik metal di Malaysia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page