September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Tiket Konsert Kim Sung Kyu Mula Dijual Mulai Hari Ini

2 min read
Spread the love

Ketua Kumpulan K-pop INFINITE Itu Turut Membuat Pengumuman Istimewa

Kim Sung Kyu, ketua kumpulan K-pop INFINITE, membuat pengumuman yang dinanti-nantikan oleh INSPIRIT (peminat setia kumpulan tersebut) bahawa beliau akan mengadakan konsert solo Jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur yang menjadi perhentian pertamanya.

Dianjurkan oleh D-SHOW, dengan Offbeat dan 43 sebagai Promoter, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur itu, dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket boleh didapati melalui www.etix.com mulai 17 Julai, 12 tengah hari, berharga RM788 (VIP), RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan transaksi RM10 Bayaran.

Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert ini: • VIP – RM788

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster Bertandatangan untuk 40 peminat yang dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)

• VIP BOX – RM728

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak, Poster Bertandatangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)

• CAT 1 – RM688

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40 peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster Bertandatangan untuk 30 peminat yang dipilih secara rawak.)

• CAT 2 – RM588

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak dan Poster Bertandatangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.)

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur untuk dua malam itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi:

Promoter FB: 43 43

Promoter IG: 43 www.instagram.com/43_ent


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page