September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Tidak Ada Seorang Pun Thrash Metal Maniac yang Akan Kecewa!” – Mille Petrozza

3 min read
Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Foto: Kredit Kreator official

“Hordes!” laung Mille, begitulah signature beliau ketika menyapa fanatika Kreator.

“Aku nak imbas sikit tentang 2023 – tahun yang menakjubkan buat Kreator! Kami telah beraksi dalam siri konsert yang sangat fantastik dan dijemput menjayakan Festival Metal terbesar di planet bumi ini. Aku sakit teruk ketika di Argentina da Costa Rica tetapi energi yang diberikan oleh kalian semua adalah luarbiasa. Walaupun aku flu terok macam nak mati tapi aku sangat berbangga menjadi sebahagian daripada komuniti metal.” cerita Mille mengenang kembali tahun lalu yang baru beranjak usia 2 hari ke tahun baru.

“Kamu semua nak tahu tak?” tak tentu arah jadinya disoal sebegitu, Mille menyambung “2024 akan menjadi tahun yang lebih baik! Kreator akan kick-start 2024 dengan membawa Klash of the Titans ke Jepun, Australia, India, Indonesia, Thailand, China, Singapura dan MALAYSIA!”

Berdebar-debar jantung cuba menghadam kata-kata Mille. Setelah menanti 19 tahun lamanya, setelah lahir album ke-15 dari gergasi metal Jerman ini. Apatah lagi setelah pernah dikecewakan pada tahun 2014 dengan pembatalan tour konsert mereka ke Malaysia. Impian untuk melihat sosok tubuh Mille Petrozza (vokal/gitar), Jurgen ‘Ventor’ Reil (dram), Sami Yli-Sirnio (gitar) dan Frederic Leclerq (bass) menghuru-harakan pentas di hadapan mata bukan lagi mimpi atau angan kosong. Ianya bakal terlaksana pada 25 Januari 2024 kelak. Kreator siap siaga bakal menggempur Kuala Lumpur dengan ‘Kekuatan yang paling Terkuat’. Tentunya anda mahu menjadi sebahagian dari sejarah metal yang tidak tahu bila akan berulang kembali, bukan?

Kredibiliti Kreator telah terbukti dan dapat dilihat menerusi 15 album yang dihasilkan sejak 1985. Secara kebetulan pula Kreator memang telah merangka siri tour jelajah Asia pada tahun 2024 bagi mempromosikan album terbaru mereka, HATE UBER ALLES – satu lagi produksi solid dan koleksi padu yang tidak mengecewakan. Maka peluang ini tidak disia-siakan oleh Rockstage Entertainment dengan kerjasama Lampuneon untuk membawa Kreator singgah sebentar ke Kuala Lumpur sebelum ke Indonesia, Thailand dan Singapura. Dengan kekuatan line up asal sejak 1982 iaitu Mille dan Ventor, diperkukuhkan lagi dengan Sami yang sedar tak sedar sudah 22 tahun bersama Kreator, dan pemain bass Frederic yang menyertai sejak 2019, gergasi metal yang bagaimana lagi yang anda mahu?

Antisipasi kan lagu-lagu hits Kreator bergema memenuhi ruang Zepp KL, bayangkan persembahan energetik dan super-tight yang digembar-gemburkan setiapkali membaca review konsert mereka. Takkan lah cukup dan puas hati dengan hanya membaca review dan mendengar cerita orang sahaja, come on hordes! Yang dibawakan ini adalah masterpiece thrash sebenar, yang nak datang ini bukan calang-calang band, yang kita tunggu-tunggu nak lihat ini akan cairkan gegendang telinga kita dengan riff tajam jahat menggila dan patahkan tengkuk kita dengan tempo kucar-kacir dalam agresi yang paling ekstrim. Headbanging lah sepuas-puasnya!

Bukanlah sesuatu yang mudah, malahan ramai yang meragui apakah benar Kreator akan ‘lulus’ untuk datang beraksi ke sini, sedikit sebanyak trauma dan fobia andai kisah lama berulang semula, namun percayalah pada kredibiliti Rockstage Entertainment yang selama ini tidak pernah mungkir janji. Jangan serik dan usah sangsi, boleh mulai beli tiket dengan melayari https://www.myticketempire.com/kreatorliveinkl boleh juga bayar ansuran 3x dengan menggunakan platform ATOME, kali ini kita KASI JADI!

“Tidak ada seorang pun Thrash Metal Maniac yang akan kecewa!” itu janji Mille, itu janji Kreator. Malaysia, jom kita cipta momentum magis paling tragis 20 hari dari sekarang! Jumpa kat mosh-pit  Zepp KL 25 Januari nanti, jangan tak datang. Lu metal Lu mari…


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page