September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Terhad 6,000 Peminat Tegar & Repoirtaire Lagu Eksklusif

3 min read
Spread the love

Kesinambungan Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 Tanda Sifu Balas Raikan Cinta

Bukan Datuk M. Nasir jika cetakan karier dan sejarah kerjanya tidak meninggalkan kesan yang baik serta luar biasa. Umpama hujan baru turun dan basah bumi belum sempat mengering, begitulah larut perasaan para peminat sifu seni itu yang belum boleh move on dengan Konsert Dato M.N45ir Cipta.

Masih ramai yang membicarakan betapa gah konsert yang dibawakan penganjurICON Entertainment itu. Tenaga M. Nasir, seleksi lagu-lagu serta barisan pemuzik dan pasukan yang menghidupkan Konsert Dato M.N45ir Cipta masih dibanggakan sebagai konsertterbaik di pertengahan tahun 2024.

Dan ramai juga yang melahirkan dukacita kerana tidak dapat ikut meraikan pesta dari konsert yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, 10 Ogos lalu.

ICON Entertainment dengan suka cita dan berbesar hati membawa sang legenda yang tiada duanya ini kembali menerusi satu lagi siri eksklusif konsert khas buat pencinta dan peminat sejati Mohamad Nasir Mohamed ini.

Rencana konsert kali ini menjanjikan sebuah kepuasan berlainan sementelah ia akan menjadi medan buat figura berusia 67 tahun ini melakukan seleksi terbaik daripada 3,000 repoirtaire yang ada.

Disifatkan sebagai extended version CIPTA, ia dinamakan sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2. Tanggal 12 Oktober 2024 dipilih sebagai hari perayaan seniman bersama peminat yang sekali lagi akan membuat seluruh Axiata Arena Bukit Jalil bergema.

“Setelah mengambil kira semua maklum balas yang diberikan pemerhati seni, peminat tegar M. Nasir atau peminat muzik yang mengikuti perkembangan Konsert Dato M.N45ir Cipta, pihak ICON Entertainment bersama yang kami hormati iaitu the one and only Datuk M.Nasir dengan sukacita untuk mengadakan extended version konsert ini khas buat semua peminat.

“Oleh kerana ia merupakan kesinambungan daripada Konsert Dato M.N45ir Cipta, maka kami bersetuju menamakan konsert ini sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang akan berlangsung di lokasi sama iaitu Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024,” ujar pengasas ICON Entertainment, Iman Tang.

Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang dijadual berlangsung 12 Oktober 2024 iatu tempoh yang agak jauh berbanding banyak penganjuran dua hari mengikut permintaan yang tinggi adalah kerana menghormati konsert rakan industri yang terlebih dahulu sudah dimeterai.

Berbeza dengan penganjuran konsert pertama, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 hanya menerima peminat tegar Hati Emas itu dalam kapasiti yang cukup terhad.

“Selain repoirtaire lagu yang tentu akan berbeza dengan sebelumnya, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 terhad kepada 6,000 penonton sahaja.Maka jika anda merupakan peminat tegar M.Nasir atau telah terlepas menyaksikan konsert-konsert beliau sebelum ini, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 adalah momen terbaik untuk anda cipta dan simpan sebagai sejarah,” ujar Iman Tang lagi.

“Kerana permintaan ramai dan pada mereka yang tidak boleh move on lagi, maka kami adakan CIPTA 2. Persembahan kali ini akan mempunyai lagu-lagu yang lain, ada lagu-lagu lama tetapi sebahagian besar persembahan akan diisi dengan lagu- lagu lain,” ujar Dato’ M.Nasir.

“Kami akan cuba membawakan lagu-lagu yang tidak dibawakan di persembahan pertama dan kami akan menambah lagi beberapa lagu baru (rakaman-rakaman saya) dalam persembahan kali ini. Saya harapkan persembahan CIPTA 2 akan lebih bertenaga dan memberi makna kepada anda sekalian,” tambahnya.

Apa dan bagaimana Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 akan kelihatan, maka anda wajib hadir dan menjadi saksi mata kepada sebuah lagi persembahan hebat figura yang disegani ini.

Harga tiket dijual bermula RM 238 (Fantasia Bulan Madu- FBM), RM338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur- MMDUT), RM458 (Layang-layang Terputus Talinya- LLTL), RM488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara- SBSDGS), RM528 (Laila Namamu Teratas- LNT) dan RM588 (Keroncong Untuk Ana- KUA). Tiket mula dijual pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 .  Sebarang Pertanyaan, hubungi HOTLINE: 012-6530700 (whatsapp)


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page