September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Tempatan Fest” lebih meriah dengan sambutan yang ke-10 tahun

2 min read

TEMPATAN FEST

Spread the love

SHAH ALAM 26 MEI 2023 – TEMPATAN FEST ialah sebuah acara kerjasama bersama beberapa komuniti usahawan dan kreatif untuk berkongsi karya mereka kepada umum sebagai mempromosikan seni & budaya sebagai tema. Ia akan bekerja-sama dengan jabatan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi usahawan belia tempatan yang berkebolehan tinggi untuk menjadi satu jenama yang besar. Ulang tahun ke-10 Tempatan Fest ini merupakan acara penting untuk mengetengahkan bakat-bakat kreatif anak tempatan.

Dari kiri Su ( Abdul Aziz Bin Rahim Founder BXS) Radih OAG, Mohd Abdul Rashid ( Founder Tempatan Fest) Kecik (Muhammad Fadzir Bin Shohimi Founder Seba-Sebi).

Acara ini dimulakan dengan sesi penjualan barangan daripada pemain industri tempatan. Ratusan usahawan daripada pelbagai komuniti mempertunjukkan dan berkongsi karya mereka kepada pengunjung melalui gerai jualan mereka.

Selain itu , Tempatan Fest menyediakan pentas untuk artis tempatan untuk membuat persembahan sepanjang 2 hari acara ini berlangsung. Ia terbahagi kepada 2 pentas, “tempatan stage” dan pentas rakyat. Sepanjang 2 hari tersebut acara tempatan fest akan dipenuhi persembahan muzik dari artis-artis tempatan yang terkenal dan berbakat yang akan memukau pengunjung dengan persembahan mereka.

Selain persembahan nyanyian, pengunjung juga akan disajikan dengan demonstrasi “parkour” oleh komuniti Lompamaa, pameran motor dari komunti jantra, persembahan longboard dari komuniti “landthattrick dan ”boardwalkers.my’.

Sebahagian daripada acara ini, puluhan usahawan dari industri kopi dan makanan turut serta didalam acara ini untuk menjamu pengunjung.


Ulang tahun Tempatan Fest yang ke-10 ini merupakan acara yang luar biasa dan berhasil menciptakan ikatan antara komuniti tempatan dan memperkasakan identiti budaya mereka. Acara ini tidak hanya menjadi kenangan bersejarah bagi Tempatan Fest, tetapi juga mempromosikan seni dan budaya yang dimiliki di negara ini.

Antara sebahagian vendor serta krew yang akan menjayakan Tempatan Fest nanti.

Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page