September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

TBA beraksi LIVE November Nanti di Kuala Lumpur

1 min read
Spread the love

Trio popular Indonesia, TBA (dahulu dikenali sebagai Coboy Junior dan kemudian CJR), hari ini mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia di lokasi berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 29 November 2024.

Perkara ini diumumkan oleh penganjur EVB GROUP menerusi satu kenyataan kepada media. “Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TBA akan mengadakan konsert eksklusif di Malaysia! Konsert kali pertama buat kami di Kuala Lumpur ini akan berlangsung tanggal 29 November 2024, bertempat di Zepp Kuala Lumpur,” kata mereka.

Trio ini ditubuhkan sejak 2011, manakala nama baharu TBA diambil dari gabungan nama anggotanya Teuku Ryzki, Bastian Steel, dan Alvaro Maldini terkenal dengan genre pop dan persembahan bertenaga.

Semasa dikenali sebagai Coboy Junior, mereka tampil berempat dan membawakan lagu-lagu genre pop serta popular menerusi lagu Kamu (2011), Eeaaa(2012) dan Kenapa Mengapa (2012).

EVB GROUP berkata, menerusi konsert yang disokong oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) ini, peminat juga akan disajikan dengan persembahan  UN1TY dan artis tempatan, Amir Hariz.

Tiket untuk menonton konsert TBA mula dijual kepada umum bermula pada hari ini, 1 Julai 2024, jam 12 tengah hari dan boleh didapati di evb.ubertickets.asia.

“TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit serta beberapa lagu baru yang belum pernah didendangkan sebelum ini. Peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat ini secara langsung! Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh dengan muzik dan kenangan indah!”


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page