March 12, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Tambahan Tiket Buat Fanatika JJ Lin “JJ20” FINAL LAP World Tour Kuala Lumpur

Spread the love

Berita baik buat para peminat JJ Lin, apabila pihak penganjur bersetuju untuk menambah bilangan kerusi sekaligus membuka kembali jualan tiket untuk mereka bersama-sama merasai aura ‘JJ20’ Final Lap World Tour Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 10 Mei depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sudah pasti berita baik ini mengembirakan semua peminat sementelah tiket konsert yang mula dibuka jualannya pada 11 Mac lalu habis terjual dalam tempoh yang singkat.

Tiket untuk konsert di Kuala Lumpur dijual pada harga RM1088, RM888, RM688, RM488, RM388, RM288 (tidak termasuk caj tiket) dan akan mula dijual pada Khamis, 13 Mac, bermula jam 10 pagi menerusi http://my.bookmyshow.com/en/e/FINALLAP


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page