November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Tamasya Anak Muda: “Moderen Bukan Erti Kebaratan, Tradisi Tidak Bererti Kolot”

Spread the love

Tamasya Anak Muda, sebuah gelombang revolusi budaya dalam bentuk festival muzik dan seni, akan menggemparkan Jiospace, Petaling Jaya pada 5 dan 6 Januari 2024. Sebuah acara yang tidak sekadar menganjurkan pertunjukan muzik, tetapi juga menggabungkan kepelbagaian seni, budaya, dan aktiviti komuniti dalam semangat kerakyatan moden. Sesuai dengan slogan mereka yang merupakan sebuah petikan oleh penyair dan pujangga tempatan, Usman Awang, ”moderen bukan erti kebaratan, tradisi tidak bererti kolot,” festival ini merupakan titik pertemuan antara tradisi dan kekinian. Ia membuktikan bahawa seni warisan budaya dan kerakyatan tetap, dan masih, boleh dianggap moden dan relevan dalam konteks zaman ini jikalau jiwa rakyat terus menjadi intisari dan pusatnya.

Festival ini menyatukan pelbagai bakat-bakat tempatan dalam satu platform. Di atas pentas, pengunjung akan disajikan dengan persembahan langsung daripada artis-artis dan kumpulan ternama seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa, Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar, dan Jemput Dengar (DJ). Malah, para pengunjung juga akan mendapat peluang emas untuk menyaksi dan mengamati sebuah ‘pengalaman’ muzik dan persembahan oleh seniman legendaris M.Nasir di atas pentas Jiospace pada hari tersebut.

Tamasya Anak Muda bukan hanya sekadar pesta muzik. Di perkarangan luar, terdapat Tamasya Sunburst Marketplace yang menyajikan jenama-jenama terkemuka, kedai-kedai unik, serta instalasi seni yang menarik. Pengunjung juga akan diajak untuk menikmati alunan muzik busking di acara tersebut, yang tidak hanya memainkan lagu-lagu arus perdana, tetapi membawa tema-tema kerakyatan dan tradisi juga.

Tamasya Sunburst Marketplace yang akan diadakan pada dua-dua hari tersebut di perkarangan luar festival ini boleh diakses secara percuma kepada para pengunjung. Bagi peminat konsert yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Januari sahaja, tiket boleh didapati dengan harga RM207. Diskaun istimewa akan ditawarkan pada harga RM177 yang telah mula dijual dari 9hb Disember (3pm) hingga 15 Disember (12am).

Tamasya Anak Muda dianjurkan oleh Luncai Emas, sebagai pengurus acara utama, bersama rakan-rakan kongsi seperti Sunburst Store yang bertanggungjawab dalam kurasi Tamasya Sunburst Marketplace, Mercy Malaysia sebagai NGO yang mengumpul derma buat mangsa-mangsa tragedi di Palestin, SIAR dalam penganjuran aktiviti-aktiviti, Fung Keong dan sebagainya. Tamasya Anak Muda juga telah disokong oleh Yayasan Hasanah dan ArtsFAS, yang turut serta menjayakan festival ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini serta pembelian tiket, sila layari www.jiotix.asia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page