March 13, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

T-ARA, Hyolyn & Zion.T Bakal Gegarkan YelloO Concert di Kuala Lumpur

Spread the love

Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada sebuah konsert yang dinanti-nantikan oleh peminat K-Pop! T-ARA, Hyolyn, dan Zion.T akan menggegarkan Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2025 menerusi YelloO Concert, dipersembahkan oleh XMAX STUDIOS dan dianjurkan oleh Rye Production.  Pastinya ianya acara yang menjanjikan pengalaman muzik yang luar biasa.

Buat peminat setia K-Pop, konsert ini merupakan momen yang amat dinantikan. T-ARA akhirnya kembali ke Kuala Lumpur selepas kali terakhir beraksi di sini pada tahun 2017. Kumpulan yang debut pada tahun 2009 ini bukanlah nama asing dalam dunia K-Pop, malah lagu mereka seperti Roly Poly dan Lovey Dovey terus menjadi siulan ramai. Kejayaan mereka dalam industri menjadikan mereka antara kumpulan wanita terlaris sepanjang zaman.

Tidak ketinggalan, Hyolyn, vokalis berbakat yang dikenali menerusi kumpulan SISTAR, juga bakal memukau peminat dengan vokal lantangnya. Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu seperti Alone, Touch My Body, dan 달리 (Dally) ini terakhir kali membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2019. Kini, dia kembali untuk memberikan persembahan yang lebih bertenaga dan menggoda.

Menambahkan keterujaan, konsert ini turut menyaksikan Zion.T membuat kemunculan sulungnya di Malaysia! Penyanyi dan penulis lagu berbakat besar ini terkenal dengan gaya muzik R&B dan hip hop yang unik, dan lagu-lagu seperti Yanghwa Bridge, No Makeup, serta Hello Tutorial bersama Seulgi (Red Velvet) sering menduduki carta teratas. Kehadirannya pasti memberikan sentuhan berbeza kepada konsert ini.

Peminat yang ingin menyaksikan konsert epik ini boleh mendapatkan tiket menerusi iLasso Tickets dengan harga berikut:

  • Dream Zone – RM393
  • CAT 4 – RM393
  • CAT 3 – RM493
  • CAT 2 – RM693
  • CAT 1 – RM893
  • Rock Zone 1 & 2 – RM593
  • Fan Zone – RM893

Dengan barisan artis yang luar biasa dan pentas yang bakal dipenuhi aura bertenaga, YelloO Concert pasti menjadi salah satu acara muzik terbesar tahun ini! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Early Bird Tickets Bermula 1 Hingga 19 Mac 2025

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram YelloO Concert!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page