September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Suria Fm Tawar Sebahagian RM 30,000 Kepada Pendengar Menerusi Peraduan ‘Selit Duit Suria’

1 min read
Spread the love

Berita baik buat semua pendengar Suria FM! Bermula 2 Oktober 2023 sehingga 20 Oktober ini, anda berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM30,000 menerusi peraduan ‘Selit Duit Suria’!

Caranya mudah sahaja, untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, pendengar perlu mencari sekeping sampul yang diletakkan secara rawak di beberapa lokasi berbeza sekitar Lembah Klang selama satu jam.

Selepas anda menjumpai sampul tersebut, jangan lupa untuk terus berjumpa dengan Suria Wheels yang menanti anda di lokasi dan tuntut wang tunai sebanyak RM100 dari mereka!

Sekiranya tiada pendengar yang menemui sampul tersebut, sampul akan diselitkan di lokasi lain dan wang tunai akan digandakan.

Nantikan klu bagi setiap lokasi dan segala info tambahan di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta juga di laman sosial Suria Malaysia.

Lebih menarik, pemenang juga berpeluang untuk memenangi hadiah bertuah di waktu bonus dengan hanya menyebut kata laluan kepada Suria Wheels yang dikongsikan di Instagram Suria FM bagi melayakkan diri ke pusingan ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Selit Duit Suria, anda boleh layari laman web Suria, suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page