September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Suria FM Radio Rasmi Pesta Kuantan 188 2024

2 min read
Spread the love

Berita baik buat pendengar Suria FM, jangan lepaskan peluang temui penyampai Suria, Rara, Chiwan, Kai Hassan dan DJ Lin di Pesta Kuantan 188 2024 yang akan berlangsung di Menara Kuantan 188 pada 2 hingga 4 Ogos ini.

Pengunjung berpeluang untuk merebut wang tunai RM 5,000 dengan menyertai K188 Challenge: Ada Bran X Suria. Caranya mudah sahaja, muat naik video berdurasi maksimum 2 minit di mana-mana platform media sosial, tag akaun Kuantan 188 dan Suria FM, dan sertakan #AdaBranXSuria. Daftar dan muat naik video anda di borang pendaftaran di Gotifi.com.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Suria FM sangat teruja berpeluang menjadi sebahagian daripada Pesta Kuantan 188 pada tahun ini.

“Kami di Suria FM amat berbesar hati menjadi radio rasmi bagi Pesta Kuantan 188 2024. Festival tahunan ini bukan sahaja meraikan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang, tetapi juga mengukuhkan silaturahim dengan rakyat jelata melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Buat warga Pahang, khususnya pendengar setia Suria FM, jom meriahkan Pesta Kuantan 188 2024 dan jangan lupa sertai K188 Challenge: Ada Bran X Suria”.

Pesta Kuantan 188 2024 bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti Konsert Pesta Kuantan 188 yang menampilkan barisan artis antarabangsa dan tempatan seperti Melly Goeslaw, DEFAM, Black Hanifah, dan Dato Jamal Abdillah. Selain itu, terdapat juga K188 Fun Race yang terdiri daripada Perlumbaan Basikal 66KM, Fun Run 10KM & 5KM, dan Fun Walk 3KM. Juga saksikan pelancaran K188 e-Battle, Kejohanan Royal Pahang F3000 Powerboat, K188 Cars and Coffee serta banyak lagi!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page