November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Suria FM dan Era Lakar Sejarah Menerusi Jenama ‘ Era Suria, Di Sini Segalanya Terkini’

Spread the love

Buat julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi “Morning Morning Suria” dan “3 Pagi ERA” pada 23 Oktober 2023 ini yang bermula dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan “ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini”,  menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin! Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Menerusi satu Kenyataan Media hari ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) yang mewakili Suria FM menyatakan keterujaan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini.

Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia”, ujarnya

ERA teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini yang bakal menemui peminat pada 23 Oktober ini. Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama. Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama”, ujar Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA

Jangan lupa dengarkan “ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini” di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober 2023 dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page