September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Suria FM dan AC Gas Sumbang RM11 Ribu Ke ‘Tabung Bantuan Khas Palestin’

2 min read
Spread the love

Suria FM dan AC Gas berbesar hati menghulurkan sumbangan sebanyak RM 11,000 kepada Tabung Bantuan Khas Palestin, kelolaan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi Kita Fund pada 24 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di ibu pejabat ‘CTDK Holdings Sdn. Bhd’ sebagai tanda keprihatinan terhadap Palestin.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Roslinda Abd Majid (DJ Lin), selaku Pengurus Besar Suria FM bersama wakil Pemasaran AC Gas, Mohamad Amirul bin Hafiz, kepada Pengasas Yayasan Nurjiwa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Acara itu turut dihadiri barisan penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya Borhan.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata, “Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan Suria FM dan AC Gas ke atas bumi Gaza juga saudara seislam di sana sekaligus merupakan satu inisiatif dalam menentang kezaliman yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin. Sebagai sebuah stesen radio swasta, kami akan cuba yang terbaik memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran juga maklumat disamping mengajak para pendengar untuk turut menyokong dan membantu rakyat di sana”.

Tambah DJ Lin, “Bantuan ini bukan sahaja menunjukkan sokongan Suria dan AC Gas kepada usaha kemanusiaan di Palestin, tetapi  juga sebagai tanda sokongan terhadap usaha Malaysia yang sentiasa bersatu dalam memperjuangkan hak kemanusiaan khususnya terhadap mereka yang dizalimi dan teraniaya”.

Pertemuan bersama Dato’ Sri Siti Nuhaliza itu juga merupakan antara insiatif lain yang Suria FM cuba lakukan dalam usaha membantu dan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang ke Yayasan Nurjiwa.

Buat semua pendengar Suria, jangan berhenti untuk terus bersolidariti demi Palestin dan teruskan berdoa semoga kita dapat membawa perubahan serta menghentikan kekejaman yang berlaku.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page