September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Suria FM Bakal Gegarkan Pantai Timur Menerusi Konsert SuriaVolusi Oktober Ini

2 min read
Spread the love

Buat julung kalinya Suria FM bakal menjejakkan kaki ke Kelantan menerusi ‘Konsert SuriaVolusi’ yang bakal berlangsung pada oktober ini. Ianya adalah kesinambungan daripada Karnival Mega Suria yang berjaya menarik puuhan ribu pengunjung September lalu.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin berkata, SuriaVolusi merupakan satu konsert yang bakal membawa kelainan buat para pengunjung dan pendengar setia Suria FM.

“Suria FM masih lagi bekerjasama dengan AC Gas dalam program kali ini, lebih menarik pengasas AC Gas adalah berasal daripada Kelantan.  Banyak perancangan menarik bakal menanti pengunjung yang hadir pada program tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang”, ujarnya sewaktu sidang media yang di adakan di Kuala Lumpur hari ini.

“SuriaVolusi adalah jenama baharu yang diperkenalkan bagi menggantikan Siri Jelajah Suria FM, Ianya nampak lebih segar.  Ianya diadakan sebagai tanda terima kasih buat semua pendengar di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini”, ujarnya

Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris, Ariwatan, Baby Shima, Floor 88 dan Kristal X adalah antara artis popular yang akan membuat persembahan.

Selain itu, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat, Renggo Arrow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Asraf Nasir dan ramai lagi akan turun menghiburkan para pengunjung.

“Di samping berhibur dengan barisan penyampai dan artis popular tanah air, terdapat juga pelbagai aktiviti dan hadiah yang boleh direbut melalui ‘booth’ Kedai Suria yang akan dibuka nanti”

“Barangan ekslusif Suria turut dijual seperti Set Berharga Suria, Set Bergaya Suria, Set Seragam Suria, Set Korporat Suria, Set Mega Suria dan juga baju T Suria edisi terbaru keluaran Suria”, ujarnya

Dj Lin turut meluahkan rasa syukur kerana mampu merealisasikan perancangan untuk mengadakan konsert itu setelah sekian lama memendam impian untuk menyantuni peminat khususnya di Kelantan.

Konsert SuriaVolusi akan menggegarkan beberapa kawasan terpilih di Zon Pantai Timur pada 28 Oktober yang bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.

“Konsert ini diadakan untuk meluaskan lagi sasaran pendengar Suria khususnya di kawasan Pantai Timur,” katanya.

Mengulas lanjut, Dj Lin berkata, konsert SuriaVolusi turut bakal dipersembahkan di The Curve, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.Pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara dan Tyzo.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Astana City Group, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, pihaknya merancang untuk membawakan artis-artis itu dalam persembahan konsert SuriaVolusi bertujuan bagi menonjolkan semula bakat-bakat penyanyi itu.

“Kita pilih mereka untuk buat persembahan supaya dapat menaikkan semula nama-nama artis tersebut dalam bidang seni kerana mereka juga mempunyai peminat dan pengikut tersendiri,” katanya

Mengulas lanjut berkenaan tatacara persembahan yang akan berlangsung, Dj Lin menjelaskan bahawa pihaknya ‘akur’ dengan kehendak kerajaan negeri dengan memberi garis panduan konsert di negeri Kelantan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia di FacebookInstagramTikTokYouTube dan Twitter Suria FM. 


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page