September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Suami Raya’ Antara Pelbagai Pengisian Menarik Di Suria FM Menerusi Program Raikan Yang Dirai Bersempena Hari Lebaran

3 min read
Spread the love

Teks oleh: Sakka Emwai

Foto Kredit:  Suria FM

Dengan penuh kerahmatan, beramal beribadah dengan penuh keimanan, bulan yang penuh dugaan dan keinsafan, bulan penuh keberkatan, bulan suci, bulan Ramadhan. Keraian kemenangan bakal menjelma, menanti tiba lebaran, hari suci hari bahagia.

Kempen hari lebaran Sinar FM kembali lagi dengan “Raikan yang Dirai” yang merangkumi pelbagai program yang menarik sepanjang Syawal yang pasti menghiburkan para pendengar agar terus tetap setia bersama Suria FM sepanjang hari keraian, hari kemengan, hari raya Aildilfitri edisi 2024.

Antara pengisian yang menarik yang bakal disajikan ialah Carta Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya dan istimewa buat raya 2024 Suria FM tampil dengan lagu raya terbaru Lagu Raya Suria 2024 berjudul “Lebaran Menjelma” dan yang paling ditunggu – tunggu, drama raya Suria FM berjudul “Suami Raya” bersama muzik video OST  “Nak Suami Raya” disamping kisah disebalik tabir (BTS) yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM dan untuk drama raya pula boleh ditonton di platform digital Suria FM, laman web suria.my, saluran Youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan X).

Kemeriahan raya 2024 pastinya akan lebih terasa dimana, Suria FM dan Nova Music sekali lagi membawakan lagu raya terbaru berjudul “Lebaran Menjelma” hasil ciptaan Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Rudy Nastia bersama nyanyian istimewa dari barisan penyampai Suria FM iaitu Dato Fizz Fairuz, Ajak, Khai Hassan, Cik Piah, Chiwan, Rara, DJ Lin serta penampilan khas dari pelakon dan pelawak terkemuka Azlee Senario yang boleh di dengarkan melalui semua platform digital Suria FM.

Raya edisi 2024 terus dimeriahkan lagi dengan hidangan nyanyian hebat dari Cik Piah melalui video muzik OST “Suami Raya” yang juga selaku pelakon utama dalam drama terbitan Suria FM. Berbeza dengan lagu “Lebaran Menjelma” lagu untuk runut bunyi drama raya ini yang diciptakan khas oleh Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Rudy Nastia dihasilkan dalam rentak pop yang jelas memberikan nuansa yang segar berbanding dengan lagu – lagu raya yang sedia ada.

Sudah tentu yang ditunggu – tunggu ialah drama raya Suria FM 2024 yang berjudul “Suami Raya” yang dijayakan sendiri oleh kakitangan dan barisan penyampai Suria FM seperti, Cik Piah sebagai pelakon utama, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Suraya Borhan, Rara, Chiwan, DJ Lin dan penampilan lakonan hebat dari Azlee Senario.

Drama raya yang bertemakan komedi romantik, menceritakan tentang watak Yasmin yang dilakonkan oleh Cik Piah, seorang wanita yang berkerjaya yang dalam misinya untuk mencari calon suami sebelum tibanya raya. Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi Yasmin dalam menjayakan misinya itu. Apakah beliau berjaya beraya dengan calon suaminya? Saksikan drama yang pastinya mencuit hati ini yang telah ditayangkan bermula 1 April 2024 di platform Youtube Suria FM. Drama raya ini adalah terbitan sepenuhnya dari Suria FM disamping tajaan bersama Tsunami Pump.

Kisah dibelakang tabir (BTS) “Suami Raya” juga turut mengisi kempen “Raikan yang Dirai” Suria FM, menampilkan barisan para penyampai Suria FM bersama pelakon Azlee Senario yang menceritakan proses dan kisah – kisah di belakang tabir dalam menjayakan drama raya Suria FM 2024 “Suami Raya”. Saksikan juga temuramah eksklusif bersama para pelakon yang menjayakan drama yang menceritakan tentang watak yang dibawa oleh mereka dalam drama yang amat dinanti – nantikan setiap kali menjelangnya raya. Kisah dibelakang tabir (BTS) ini mula ditayangkan bermula 2 April 2024 di platform Youtube Suria FM.

Antara program menarik yang turut menyerikan sambutan Syawal 2024 kali ini di Suria FM ialah rancangan “Moring Morning Suria Raya” yang akan disiarkan pada 8 -12 April dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi bersama penyampai Dato Fizz Fairuz, Ajak dan Kai Hassan disamping tetamu – tetamu undangan seperti Search, Nabila Razali, Aisha Retno, Aziz Harun, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan juga program “Carta Suria Top 40 Raya” yang akan di keudarakan pada 13 April 2024 bermula 10:00 pagi hingga 2:00 petang, nantikan celoteh serta temubual eksklusif para penyampai Suria FM mengenai sambutan raya dan juga berkenaan drama “Suami Raya” disamping lagu raya Suria FM “Lebaran Menjelma”.

Jangan lupa untuk mengikuti pelbagai pengisian menarik sepanjang sambutan Syawal di Suria FM yang pastinya menghiburkan dan memeriahkan lagi sambutan raya kali ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page