“Sos Cili Ibu” Dato’ Khadijah Ibrahim Teguhkan Legasi Rasa & Kasih Sayang

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, melangkah ke dunia keusahawanan makanan dengan pelancaran rasmi produk terbaharunya, Sos Cili Ibu, dalam satu majlis eksklusif yang berlangsung meriah di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 17 Jun lalu.
Disediakan berpaksikan resipi asli air tangan beliau sendiri, Sos Cili Ibu bukan sekadar sos pencicah biasa. Ia hadir sebagai produk premium yang menampilkan gabungan rasa pedas, manis dan masam secara seimbang, sesuai dinikmati bersama keropok, cucur, burger, piza, atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan seperti ayam masak merah, mee goreng dan lauk pauk berasaskan sos sweet sour.

Sos Cili Ibu. Lebih daripada sekadar sos, ia adalah manifestasi warisan keluarga, diolah daripada resipi turun-temurun yang kaya nostalgia dan penuh emosi. Menggunakan bahan segar berkualiti tinggi termasuk cili merah terpilih, bawang putih, cuka asli dan sedikit gula, produk ini dijamin selamat untuk seisi keluarga dan kaya dengan cita rasa warisan yang autentik.
“Sos ini lebih daripada sekadar pedas. Ia adalah kenangan, pelukan rasa dari zaman kecil saya, dari dapur mak saya, dari kampung halaman,”ujar Dato’ Khadijah ketika di temui media.

Komitmen beliau terhadap nilai kemanusiaan turut dizahirkan menerusi inisiatif amal, di mana sebahagian hasil jualan Sos Cili Ibu akan disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia, bagi membantu anak seni yang berdepan dengan kesukaran hidup, masalah kesihatan dan tekanan kewangan.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Noor Shila Amin dan Rozita Rohaizad, serta para pengamal media tempatan yang hadir memberikan sokongan terhadap usaha Dato’ Khadijah dalam memperkasa industri makanan tempatan sambil menyemai kasih sayang terhadap komuniti seni.
Kini, Sos Cili Ibu sudah memasuki pasaran Singapura dan Brunei, dan boleh didapati di pasaraya St Rosyam Mart serta platform dalam talian TikTok Shop dan Shopee. Pembelian secara pukal bagi tujuan korporat dan cenderamata turut dialu-alukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: www.ibufood.com atau email di hello.ibufood@gmail.com. Ikuti Media Sosial: @sosciliibu, sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6017 689 4645