March 1, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Soloz X Fipper 2026: Dari Arena E-Sukan Ke Gaya Jalanan

Spread the love

Kredit Foto:  MegatzRevieW

Ikon e-sukan tanah air, Soloz sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil dengan kolaborasi eksklusif bersama jenama selipar tempatan, Fipper menerusi koleksi Fipper X Soloz 2026.

Majlis pelancaran yang berlangsung di KL East Mall pada 28 Februari lalu menyaksikan ratusan peminat membanjiri ruang legar pusat beli-belah itu seawal petang. Mereka bukan sahaja ingin mendapatkan koleksi edisi terhad, malah berpeluang bertemu idola mereka secara dekat.

Berbeza dengan kolaborasi biasa, Soloz terlibat secara langsung dalam pemilihan warna dan konsep rekaan. Menurut Fatin Fadila, Pengurus Besar Fipper Malaysia, koleksi ini menonjolkan dua sisi personaliti Soloz.

“Kolaborasi ke-2 ini bukan sekadar tentang reka bentuk, tetapi juga identiti dan keyakinan. Ia tentang membuka potensi tahap seterusnya,” katanya.

Koleksi Fipper X Soloz 2026 menampilkan dua gaya utama yang mencerminkan karakter dinamik Soloz:

1. Koleksi Slip On – Direka untuk pemakaian mudah dan praktikal, ringan, sesuai untuk pergerakan harian. Pilihan warna termasuk Rage Burst (Pink & Purple), Toxic Rush (Neon) dan Over Drive (Merah)

2. Koleksi Refitt – Siluet klasik, lebih berstruktur dan kemas. Sesuai untuk gaya kasual yang matang. Pilihan warna Volt Signature (Neon) dan Crimson Legacy (Merah)

Setiap pasang dilengkapi signature Soloz pada strap, menjadikannya simbol kolaborasi unik antara dunia gaming dan fesyen santai.

 “Selama ini orang nampak saya di skrin. Kali ini, saya mahu peminat rasa lebih dekat dengan saya melalui sesuatu yang mereka boleh pakai setiap hari,” kata Soloz.

Kejayaan pelancaran pertama pada 2023 yang habis terjual dalam tempoh singkat memberi motivasi kepada Fipper untuk meneruskan kolaborasi ini. Bahkan, salah satu warna Slip On koleksi 2026 sudah habis dijual lebih awal susulan permintaan tinggi.

Fipper yang diiktiraf dalam ASEAN Book of Records kerana jumlah kombinasi warna tertinggi, kini berjaya menggabungkan fesyen gaya hidup dengan budaya e-sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan Gen-Z dan milenial muda.

Kolaborasi Soloz X Fipper bukan sekadar selipar, tetapi simbol gaya hidup berani, keyakinan, dan identiti generasi baharu yang berani tampil berbeza.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page