SocialCeleb Buka Laluan Baharu: Dari Skrin Telefon ke Layar Perak

Bayangkan jika bakat anda boleh dilihat terus oleh nama-nama besar industri hiburan tanpa perlu ke uji bakat konvensional di ibu kota. Impian itu kini menjadi nyata dengan pelancaran SocialCeleb, sebuah platform pencarian bakat digital pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi, latihan industri dan bimbingan selebriti.
Dikuasakan oleh Lifetelco, SocialCeleb hadir bukan sekadar pertandingan bakat, tetapi sebuah ekosistem lengkap untuk melahirkan generasi baharu dalam dunia seni. Melalui platform ini, peserta akan mendapat akses kepada bengkel eksklusif, sesi persembahan langsung, dan peluang uji bakat untuk filem, drama bersiri serta kandungan OTT.

Paling menarik, 100 peserta terbaik bakal dipilih untuk menyertai produksi sebenar serta membuka jalan terus daripada skrin telefon ke layar perak.
Menurut Pengarah Rangkaian Lifetelco, Saraleana Nattaya Azmi, SocialCeleb dibangunkan untuk memastikan bakat-bakat tempatan tidak lagi terhalang oleh faktor geografi atau kewangan.
“Matlamat kami adalah memastikan setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau lokasi, mempunyai peluang yang adil untuk bersaing di pentas hiburan. Ini adalah pelaburan jangka panjang dalam potensi rakyat Malaysia,” jelasnya ketika ditemui media pada 26 Ogos lalu.
Dengan hanya bayaran yuran RM110, peserta akan menerima pakej menyeluruh termasuk Kad SIM Lifetelco dengan 110GB data (2 bulan), Perlindungan insurans kemalangan diri RM50,000, Akses saluran kandungan OTT dan Peluang memasuki uji bakat rasmi

Inisiatif ini turut mendapat sokongan penuh nama-nama besar industri hiburan. Antara Star Mentors yang terlibat ialah Dato’ Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Nabila Huda dan Dato’ Aaron Aziz, manakala Star Celebs pula terdiri daripada personaliti berpengaruh seperti Bella Astillah, Harszan, Satthiya Kandi dan Hubert Lee.
“Mungkin sebelum ini ramai yang tersisih kerana tiada akses atau rangkaian. SocialCeleb hadir tepat pada waktunya – peluang ini terbuka untuk semua, tanpa kira siapa anda atau dari mana asal anda. Saya bukan sekadar menilai, saya mahu membimbing dan membantu mereka mengenali kekuatan diri,” ujar Nabila Huda.




“Kami bukan sekadar mencari bakat baharu, tetapi mahu membina asas kerjaya yang berkualiti. SocialCeleb adalah peluang untuk kami yang berpengalaman kembali menyumbang kepada industri yang membentuk siapa kami hari ini,” kata Dato’ Aaron Aziz.
Manakala Dato’ Afdlin Shauki pula menyifatkan platform ini sebagai sistem pembangunan bakat jangka panjang. Beliau berpendapat bahawa ianya bukan tentang populariti sementara. SocialCeleb dibina dengan visi jelas dalam membina ekosistem pembangunan bakat yang tersusun, mampan dan profesional.
SocialCeleb bakal mula menerima pendaftaran secara rasmi pada 9 September 2025 menerusi laman web rasmi: www.social-celeb.com.
Dengan sokongan teknologi, bimbingan mentor berpengalaman dan peluang industri sebenar, SocialCeleb diyakini akan menjadi platform pencarian bakat paling progresif di Malaysia sekali gus menjadikan hiburan tempatan lebih inklusif, kompetitif dan berdaya saing di pentas global.