September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Single Pertama Arul Rasheed ‘Jagakan Dia’ Kini Trending di YouTube

2 min read
Spread the love

Arul Rasheed. Satu figura yang dikenali di laman Tiktok. Setiap kontennya sentiasa mencecah ratusan ribu hingga jutaan tontonan. Kebanyakan konten nya adalah tentang kehidupan seharian nya dan juga nyanyian beliau sendiri.

Setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, Arul akhirnya mengeluarkan single pertamanya yang berjudul “ jagakan dia “. Lagu nukilan Aiman Sidek dan liriknya juga dari Aiman sidek. Pelantun Cinta Terakhir, Cinta Sejati, Bunga Dhia dan lain-lain. Juga komposer untuk lagu wanita terbaik nyanyian Furqan Fawwaz, Tulus dari Adi Priyo dan Nabila Razali serta banyak lagi lagu lain. Jagakan Dia juga diedarkan di bawah syarikat NAR Records Sdn Bhd.

Menurut Arul, dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari lingkungan media sosial. Bukan kerana takut, cuma masanya belum lagi sesuai sebelum ini. Jadi sekarang adalah masa yang paling tepat untuk Arul sendiri mencuba keluar dari kepompong kebiasaannya.  Peluang yang diberikan Aiman Sidek dan NAR Records menjadi pemangkin kepada Arul untuk terus mencuba dan berjaya dalam industri muzik malaysia.

Jagakan Dia adalah sebuah lagu yang indah dan mempunyai maksud tersendiri. Ianya boleh jadi kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan. Mengikut interpretasi individu masing masing. Arul harapkan lagu Jagakan Dia dapat menambat hati para pendengar malaysia mahupun negara serantau. Semoga Jagakan Dia dapat bawa Arul lebih jauh dalam industri muzik tanah air khususnya.

Selepas sehari keluarnya muzik video Jagakan Dia, ianya telah mencecah 100 ribu tonton dan trending di youtube .Dan harapnya lagu ini akan berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air dan berjaya  pempengaruh  media sosial Arul Rasheed .  Muzik Video Jagakan Dia boleh di tonton di https://youtu.be/V6w96Vi4FM8?si=Pr4NBcYJq5tQkatD


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page