September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Shuib Tinggalkan Suria FM

1 min read
Spread the love

Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 (Isnin) hari ini.

“Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik bagi Suria FM dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi khas dengan Shuib untuk beberapa tempoh sahaja disamping beliau ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang”, ujar Roslinda Abd Majid selaku Pengurus Besar Suria FM menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami. Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Suria FM turut berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang. Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.

Terus dengarkan Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat daripada 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page