May 30, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Separuh Sekarang, Separuh Lagi Kemudian” – RPM Events Tawar Kemudahan Pembayaran Tiket Rockology  Concert Tour 2025

Spread the love

Konsert paling dinanti tahun ini, Rockology Concert Tour 2025, kini hadir dengan satu inisiatif baharu yang pastinya menggembirakan peminat muzik rock tanah air – pelan bayaran mudah 50/50 bagi pembelian tiket.

Dengan hanya bayaran pendahuluan 50%, peminat boleh menempah tempat duduk mereka lebih awal dan melangsaikan baki selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum konsert berlangsung. Kemudahan ini diwujudkan sebagai langkah memberi lebih fleksibiliti kewangan kepada peminat, khasnya bagi acara berskala besar yang menampilkan nama-nama lagenda seperti Dato’ Awie dan Search (Kid Din).

“Rock adalah untuk semua. Kami mahu semua peminat berpeluang untuk ‘lock’ tempat duduk mereka lebih awal tanpa beban kewangan serta menikmati persembahan ikonik daripada dua nama besar ini. Kami faham keadaan ekonomi semasa dan mahu memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk bersama-sama merasai kehangatan konsert ini,” kata Dato’ Eddy, Pengarah RPM Events Sdn. Bhd., selaku penganjur konsert menerusi satu kenyataan.

Peminat hanya perlu memilih opsyen bayaran 50/50 semasa proses pembelian tiket di platform rasmi UberTickets. Walau bagaimanapun, tiket yang tidak diselesaikan bayaran penuh selepas tempoh yang ditetapkan akan dianggap batal, dan bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.

Rockology Concert Tour 2025 bakal menjelajah ke Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025 dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025, membawakan gabungan persembahan penuh tenaga, nostalgia dan kehebatan muzik rock sejati.

Setiap malam konsert menjanjikan gabungan tenaga, nostalgia dan kehebatan muzik rock sejati menerusi produksi pentas bertaraf dunia dan sistem bunyi berkuasa tinggi.

Harga Tiket untuk “Rockology Concert Tour 2025 – Pulau Pinang”,  Free Standing – RM98,  Rockzone (Standing) – RM158 dan Gold (Seated) – RM218.  Manakala “Rockology Concert Tour 2025 – Johor”,  Free Standing – RM98,  Bronze (Free Seating) – RM98,  Silver (Free Seating) – RM128,  Rockzone (Standing) – RM158, Gold (Numbered Seating) – RM188 dan Diamond (Numbered Seating) – RM350

Dalam usaha menjayakan Rockology Concert Tour 2025 sebagai satu gerakan budaya, RPM Events turut membuka pintu kepada penaja korporat dan rakan jenama yang ingin berganding bahu dalam projek berskala nasional ini.

“Ini bukan sekadar konsert – ini adalah pentas gerakan muzik yang membawa semangat rebel, kebebasan dan identiti rock sebenar. Kami mengalu-alukan kerjasama strategik dengan mana-mana jenama yang ingin tampil bersama kami di hadapan ribuan peminat muzik rock tempatan,” tambah Dato’ Eddy.

Penajaan bukan sahaja membawakan pendedahan kepada audiens bersasar, tetapi juga peluang untuk aktivasi jenama, promosi bersama dan liputan media secara meluas di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari: https://rpm.ubertickets.asia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page