September 7, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Saya Bagaikan Bermimpi Dapat Adakan Konsert Solo Di Malaysia – Keisya Levronka

2 min read
Spread the love

Bagai mimpi menjadi kenyataan apabila diberi peluang untuk mengadakan konsert ‘Terbuai Pilu” yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 28 Oktober ini.

Keisya Levronka berkata demikian kepada media dalam satu tembubual secara maya pada 27 September lalu.  Konsert tersebut adalah merupakan konsert sulungnya yang pertama selepas beberapa kali muncul di Malaysia.

“Saya berasa cukup teruja apabila diberi peluang oleh My Deteksi selaku penganjur konsert ini, istimewanya ialah saya tampil sebagai teraju utama, ianya bagaikan bermimpi”, ujarnya

“Terbuai Pilu dipilih menjadi judul konsert ini adalah kerana ianya cukup dekat dengan diri saya dan bakal memaparkan jatuh bangun saya sebagai anak seni bermula dari dahulu hingga kini”, katanya

Keisya, turut berkongsi kisah dimana ada sebahagian peminat dari Indonesia yang memarahinya kerana emilih untuk mengadakn konsert di Malaysia dan bukannya di Indonesia.

“Memang ada yang marah-marah. Tapi bukannya marah yang keterlaluan. Mereka cuma marah kenapa tidak diadakan di Indonesia dulu.

“Hakikatnya penganjur dari Malaysia terlebih dulu tawarkan peluang itu. Lagipun saya memang sentiasa terharu dengan sokongan peminat dan menganggap Malaysia ibarat rumah kedua,” katanya.

Berkongsi mengenai persiapan konsert anjuran My Deteksi itu, Keisya bakal menampilkan konsep yang penuh dengan kejutan serta sarat elemen teater.

“Saya enggan kongsi lebih-lebih tapi ideanya adalah sebuah filem yang diterjemah kepada konsert. Akan ada cerita-cerita mengenai perjalanan hidup, gembira dan sedih yang berlaku pada saya.

“Seramai 15 orang akan berada atas pentas termasuk band, saya, serta watak-watak teater nanti. Ia campuran pasukan saya dari Indonesia dan juga beberapa yang dipilih dari Malaysia,” ujarnya

Meskipun tarikh persembahan sudah terlalu dekat, Keisya tidak memandang remeh malah pelbagai persediaan telah dilakukan dan dirancang demi memastikan konsert Terbuai Pilu berlangsung dengan baik, antaranya adalah persediaan vokal yang menjadi keutamaan kerana itu adalah ‘punca’ karier seorang penyanyi.

“Untuk konsert itu nanti, saya berlatih dengan guru vokal sekurang-kurangnya tiga ke empat kali seminggu. Boleh dikatakan persediaan keseluruhannya sudah semakin hampir siap,” katanya.

Keisya mula membina empayarnya di Malaysia pada tahun 2020 dimana ketika itu dia cukup dikenali menerusi lagu Tak Ingin Usai. Dia turut merakamkan versi lain lagu itu bersama Nabila Razali. ‘Konsert Terbuai Pilu Bersama Keisya Levronka’ itu juga bakal menampilkan Aisha Retno sebagai penyanyi jemputan.

Selain menyanyi, Keisya juga berbakat dalam bidang lakonan, antaranya adalah Jingga & Senja (2021), My Nerd Girl (2022) dan Mozakchiko (2023). Peminat yang ingin menyaksikan konsert Keisya boleh mendapatkan tiket yang berharga CAT 1 : RM 248.00 – CAT 2 : RM 188.00 – CAT 3: RM 298.00 – CAT 4: RM 198.00 – VVIP BOX: RM 598.00.  Pembelian boleh di buat secara online di https://mydeteksi.ubertickets.asia/


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page