September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Sarat Emosi ‘Mengejar Cinta’Buat Nomad Sebak

2 min read
Spread the love

Rindu pada orang yang telah tiada menjadi antara intipati penting bait-bait lirik yang digarap dalam lagu Mengejar Cinta, buah tangan terbaharu Nomad yang mula menemui peminat 16 Feb yang lalu.

Baginya apa yang dizahirkan menerusi lagu berkenaan merupakan sebuah kerinduan dan kenangan yang telah pergi buat selama-lamanya- sama seperti apa yang dilalui oleh kebanyakan daripada kita yang melalui perkara yang sama.

“Bila bercakap tentang kecintaan dan kerinduan, ia boleh dikaitkan dengan pelbagai kisah yang pernah kita dengar. Dan liriknya juga menceritakan tentang kecintaannya pada sosok yang telah banyak memartabatkan pejuangan untuk seluruh umat-Nya.

”Setelah mengharungi satu perjalan yang amat jauh tanpa mengenal erti penat lelah ditemani air mata kerinduan dan akhirnya dapatlah ia melepaskan kerinduan dengan pelukan yang penuh dengan cinta kepada cinta hatinya,” ungkap penyanyi yang berusia 36 tahun ini menerusi satu kenyataan.

Meskipun apa yang tersirat begitu mendalam, Nomad tidak mahu pendengar menjadikan ia sebagai satu perkara yang memberatkan sebaliknya lirik berkenaan juga boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, MENGEJAR CINTA bukanlah sebuah karya yang rumit untuk difahami namun ia kaya dengan maksud tersirat yang mempunyai pelbagai pengertian. Bercerita mengenai pemilihan karya pula, sebenarnya MENGEJAR CINTA dicipta sebelum sebelum proses rakaman berlangsung. Pada awalnya Nomad mahu menjadikan lagu ini menjadi sebuah karya “fast song” namun ia berubah apabila beberapa waktu kemudian.

“Bila saya dengar semula dan hayati semula liriknya, datang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya bersatu. Perasan sedih, gembira dan bahagia bercampur baur dan membuatkan saya mahu memahaminya dengan lebih mendalam.

“Bila masuk proses rakaman, saya ambil masa selama dua jam untuk memahaminya. Padahal ini merupakan lagu ciptaan saya. Sebenarnya ada perasaan lain dirasai malam berkenaan. Mujur ada guru vokal yang membantu proses berkenaan,” tambahnya lagi.

Mendapat bimbingan vokal daripada J Ratno, Afif Tirmizi dan Rudy Nastia yang bertindak sebagai penggubah muzik, mereka banyak membantu melicinkan proses rakaman dengan memberikan pelbagai input baharu. Kata penyanyi yang popular dengan lagu TETAP MENANTIMU, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi berkenaan. Perasaan luar biasa yang dihadapi ketika proses rakaman berkenaan membuatkan dia tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.

“Sejujurnya saya hanya mahu pendengar menikmati buah tangan terbaru ini. Hasil tangan ini lebih matang jika mahu dibandingkan dengan karya-karya terdahulu. Sudah pasti saya bersyukur dan gembira dapat menghasilkan sebuah karya yang mengikut kematangan usia yang saya anggap sebuah cerita ‘kesedihan yang sangat bahagia’,” katanya yang masih aktif menyanyi.

‘Mengejar Cinta’ sudahpun dirilis secara rasmi disemua platform digital bermula 16 Februari yang lalu. Lirik video juga boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music pada hari yang sama.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page