January 26, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

SAMSOL LANCAR SINGLE SOLO “BORAK”

Spread the love

Sam, vokalis utama band pop punk terkenal Malaysia, Bunkface, kini melangkah berani sebagai artis solo dengan nama SAMSOL menerusi pelancaran single sulungnya, “BORAK.”


Kini boleh didengari di semua platform penstriman digital, “BORAK” menggabungkan melodi pop yang catchy
dengan mesej yang sangat dekat dengan realiti. Lagu ini menceritakan tentang pasangan suami isteri atau pasangan kekasih yang sedang mengharungi suka duka hidup, dengan kejujuran dalam komunikasi sebagai kunci kebahagiaan bersama.


“Saya tulis ‘BORAK’ sebab saya rasa sangat penting untuk pasangan, terutama yang sudah lama bersama, untuk terus bercakap secara jujur dan terbuka,” kata SAMSOL. “Kadang-kadang, borak yang paling simple pun
boleh buat hubungan terus kuat.”


Peminat pasti mengenali suara dan gaya penuh tenaga SAMSOL, tetapi “BORAK” menampilkan sisi lebih peribadi, di mana beliau berkongsi pandangan tentang cinta, komunikasi, dan realiti dalam perhubungan rumah tangga.


Dengarkan “BORAK” di sini: https://samsol.lnk.to/BORAK


Perjalanan solo SAMSOL dijangka membawa semangat Bunkface ke arah lebih matang, dengan cerita-cerita yang lebih mendalam dan penuh keikhlasan, sambil mengekalkan muzik yang catchy dan dekat di hati.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page