September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Sambutan Meriah Di The Curve, SuriaVolusi Bakal Gegarkan Kelantan Sabtu Ini

2 min read
Spread the love

Lokasi pertama Suriavolusi di pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara yang diadakan pada 21 Oktober 2023 lalu telah mencuri tumpuan hampir 3,000 pengunjung yang hadir memberi sokongan.

Suria FM dan AC Gas turut berbesar hati menyumbang sebanyak RM 11,000 ke Tabung Bantuan Khas Palestin, kelolaan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi Kita Fund di pentas Suriavolusi semalam dan pertemuan antara penyampai Suria FM  bersama Dato’  Sri Siti Nurhaliza akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Pengurus Besar Suria FM, berkata, “Alhamdulillah, pembukaan tirai Suriavolusi di lokasi pertama dipermudahkan walaupun dalam kadar sederhana bagi menghormati situasi yang sedang melanda rakyat Palestin. Kami di Suria FM turut prihatin dengan nasib yang sedang menimpa mereka saat ini, justeru sebagai tanda keprihatinan, Suria FM dan AC gas menyalurkan sedikit sumbangan ke ‘Tabung Bantuan Khas Palestin’ di samping berusaha untuk sentiasa mengingatkan para pengunjung yang hadir untuk bersama-sama memberikan sokongan juga bersolidariti untuk Gaza”.

Selain itu, ujar DJ Lin, Suria FM dan AC Gas akan turut bekerjasama dengan organisasi Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia di Suriavolusi, KB Mall, Kelantan pada 28 Oktober (Sabtu) ini. Jadi, para pengunjung yang hadir membanjiri pentas Suriavolusi di Kelantan berpeluang untuk berhibur sambil menyumbang menerusi badan organisasi tersebut.

Suriavolusi di Kelantan akan turut disempurnakan dengan penyerahan sumbangan wang tunai daripada AC Gas kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Mizan, Masjid Al- Ridhuan Kubang Kerian dan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.

“Kami agak berdebar kerana kami tidak tahu penerimaan warga Kelantan terhadap Suria FM bagaimana kerana dah lama Suria FM tidak menemui peminat di Kelantan. Tetapi kami akan berusaha sedaya upaya, di samping terus berdoa agar segalanya dipermudahkan. Buat warga Kelantan, nantikan kedatangan barisan penyampai Suria FM juga berhibur dengan persembahan artis popular antaranya Azlan and The Typewriter, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow!”

Lebih menarik, selain berhibur bersama barisan penyampai dan artis popular tanah air, terdapat juga pertandingan mewarna kanak-kanak yang akan berlangsung dari jam 12 tengah hari sehingga jam 2 petang, terbuka kepada kanak-kanak berusia dari 7 hingga 12 tahun dan kemasukan adalah PERCUMA. Pelbagai hadiah menarik seperti basikal, skuter kanak-kanak, beg sekolah dan hamper menanti anda!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Gunakan #SuriaVolusi2023 #suriavolusi2023 #suriamalaysia #segalanyahiburan #inilahrevolusiACGAS #ACGAStongringan untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page