September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Saksikanlah Kehebatan Metal Asia Tenggara Di Acara Death Kingdom Assault

2 min read
Spread the love

Sebuah acara persembahan kugiran-kugiran metal bawah tanah bakal dianjurkan oleh Goatlordth Records di Drum Asia Studio pada tanggal 14 haribulan September ini.

Menurut Goatlordth Records, kumpulan-kumpulan metal yang bakal beraksi pada acara tersebut yang diberi nama ‘Death Kingdom Assault’ telah dijemput dari negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan juga tempatan Malaysia.

Goatlordth Records juga turut membuat pengumuman tentang acara tersebut dalam lama Facebook rasmi mereka dengan mengatakan bahawa:

“Goatlordth Records mempersembahkan Death Kingdom Assault. Sebuah acara persembahan muzik bawah tanah yang didatangkan khas untuk anda dari rantau Asia Tenggara.

“Nama-nama yg tidak lagi perlu diperkenalkan, yang pasti tidak asing lagi buat peminat-peminat muzik logam hitam dan kematian.

“Jika anda berkehendak sesuatu yg hitam, suram, kelam dan Jahat serta Liar, ini tempatnya,” ujar Goatlordth Records.

Fliers rasmi acara Death Kingdom Assault yang dikeluarkan oleh Goatlordth Records setakat ini…

Goatlordth Records juga mendedahkan pada pautan pengumuman tersebut yang kumpulan-kumpulan yang akan beraksi di Death Kingdom Assault adalah kumpulan-kumpulan seperti Exhumation yang didatangkan khas dari Indonesia, Infernal Execrator yang didatangkan khas dari Singapura dan juga kumpulan-kumpulan metal dari Malaysia seperti Battle Hymn, Nightwolf dan Ghastly Of Gill.

Butiran mengenai harga tiket untuk acara tersebut bakal didedahkan oleh pihak Goatlordth Records tidak lama lagi, manakala acara itu pada 14 Sepetember telah dijadualkan untuk bermula pada pukul 8 malam.

Walaupun pihak Goatlordth Records belum lagi mengumumkan secara rasmi tempat acara tersebut, pihak Goatlordth Records apabila dihubungi telah mengatakan bahawa Drum Asia Studio akan menjadi venue kepada acara tersebut.

Sebarang maklumat lanjut akan datang mengenai acara Death Kingdom Assault juga boleh disemak pada laman Facebook rasmi Goatlordth Records.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page